MH17: Pemberontak Ukraine telah temui kotak hitam, lapor Interfax

Kongsikan kepada yang lain
Share

T K Letchumy Tamboo,Astro Awani |Kemas kini:Julai 18, 2014

(Diterbitkan pada: Julai 18, 2014 10:22 MYT)

MH17: Pemberontak Ukraine telah temui kotak hitam, lapor Interfax

Puak pemberontak Ukraine dilaporkan kononya telah menemui kotak hitam dari pesawat penerbangan Malaysia MH17.
KUALA LUMPUR: Kumpulan pemberontak Ukraine dilaporkan telah menemui kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di timur negara itu pada Khamis dengan 298 penumpang dan anak kapal.Menurut laporan agensi berita Interfax,  kumpulan itu juga telah bersetuju untuk menyerahkan kotak hitam berkenaan kepada pihak berkuasa keselamatan udara Rusia.Kumpulan yang menamakan diri mereka Donetsk People’s Republic itu memaklumkan kerjasama mereka dengan pihak berkuasa Rusia itu, menerusi satu kenyataan.

Pemimpin kumpulan itu, Andrei Purgin telah memaklumkan Interfax bahawa kotak hitam berkemungkinan besar akan diserahkan kepada Interstate Aviation Committee (IAC) di Moscow.

Pesawat MAS MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dariwaypointTamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia. Ia yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala lumpur kemudiannya disahkan terhempas. 

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *