Pasukan siasatan dan pengurusan pasca tragedi berlepas ke Kiev malam ini

Kongsikan kepada yang lain
Share

81405695952_295x200KUALA LUMPUR: Delegasi Pasukan Siasatan dan Pengurusan Pasca Tragedi berlepas ke Kiev pada 8 malam ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mencari dan menguruskan mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata delegasi yang terdiri daripada 149 anggota termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) seramai 24 orang itu berlepas dengan sebuah penerbangan khas.”Delegasi ini juga, antaranya terdiri daripada 23 orang pasukan perubatan iaitu 13 ahli patologi dan 10 pakar pergigian, 20 pegawai forensik PDRM, tujuh wakil media dan 10 pegawai Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia),” katanya kepada pemberita ketika hadir memberi semangat kepada delegasi tersebut di sini Jumaat malam.Turut hadir Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha.Shahidan berkata 10 pegawai Jakim yang diketuai Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat itu ditugaskan khas untuk membantu mengenal pasti dan menguruskan jenazah rakyat Malaysia yang masih sempurna.”Mana-mana jenazah yang sempurna akan diuruskan terus dari sana pada peringkat awal, segala kelengkapan seperti kain kapan dibawa bersama,” katanya.Shahidan berkata sepasukan media tempatan juga dibawa bagi melihat dan memberi gambaran sebenar di lokasi kejadian agar rakyat tidak bergantung kepada maklumat media asing.Bagaimanapun Shahidan berkata usaha kini tertumpu untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak terbabit untuk delegasi tersebut memasuki lokasi kejadian memandangkan wilayah berkenaan sedang bergolak.”Pihak Wisma Putra sedang berusaha menyelesaikan beberapa perkara sebelum delegasi dibenarkan untuk menjalankan operasi mencari dan menguruskan mayat mangsa,” katanya.Sementara itu, Othman berkata solat jenazah ghaib belum boleh dilakukan kerana identiti mangsa belum dikenal pasti.”Dari segi hukum, kita belum boleh melakukan solat jenazah ghaib sehingga pengurusan jenazah di sana seperti proses mandi dan khafan jenazah selesai baru boleh atur solat ghaib di sini,” katanya.Seorang pegawai perubatan, Dr Muhamad Akmal Saleh, 26, yang menyertai delegasi tersebut berkata beliau akan menggunakan pengalaman belajar di Moscow selama enam tahun dan kepakaran berbahasa Rusia bagi memudahkan proses mendapatkan maklumat dengan lebih jelas.”Saya menerima panggilan daripada pihak Jabatan Perdana Menteri untuk berkhidmat sebagai doktor penterjemah memandangkan rakyat tempatan di sana tidak mahir berbahasa Inggeris saya harap saya dapat membantu selepas sepatutnya menyertai misi ke Gaza minggu depan,” katanya.Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.myTag:MH 17,Ukraine,Rusia,KievRead more at:http://www.astroawani.com/news/show/pasukan-siasatan-dan-pengurusan-pasca-tragedi-berlepas-ke-kiev-malam-ini-40175?cp

———————–

JANA WANG CARA SEMPOI

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *