Polis siasat ‘makcik’ berbaju al-Quran

Kongsikan kepada yang lain
Share
  • 3:14PM Jul 20, 2014

    Polis sedang menyiasat kes wanita yang dikatakan memakai baju memaparkan ayat suci al-Quran yang tersebar di media sosial sejak semalam.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya menyatakan wanita tersebut didapati warganegara Korea yang baru tiba di Malaysia dan dipercayai membeli baju tersebut ketika melancong di negara India.

    Media sosial seperti Facebook dan Twitter heboh menyebarkan gambar seorang wanita memakai baju kaftan berwarna biru dengan tulisan hitam di sebuah pasar raya di Ampang.

    Seorang lelaki berjubah turut dilihat menegur dan memarahi perempuan itu.

    Beberapa pengguna turut menyifatkan wanita berkenaan berbangsa Cina dan tindakan beliau itu seolah mempersendakan umat Islam.

    “@PDRMsia (polis) dah mula siasat kes ‘makcik’ tu. Dia Korean, baru sampai sini, beli baju tu di India. Biar kita siasat lanjut. Semua bersabarlah,” kata beliau di Twitternya.

    Khalid berkata Polis sentiasa memandang serius mengenai semua perkara dan akan menjalankan siasatan tanpa mengira bulu.

    Beliau turut meminta orang ramai bersabar dan memberi laluan siasatan dilakukan serta tidak mengambil undang-undang di tangan sendiri.

    “Ada yang @PDRMsia dapat ambil tindakan segera, ada memerlukan masa untuk kita bertindak secara rasional. Kami akan laksanakan tanggungjawab kami.

    “@PDRMsia tidak akan bias. Semua kesalahan akan disiasat tanpa mengira bangsa dan keturunan.

    “Kita semua perlu hormat kepada sistem undang-undang kita,” kata beliau dalam siri tweet beliau menjelaskan perkara ini awal pagi tadi.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *