***Pagi 1 Syawal 1435H***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Betul ke ni Prof?!
Betul ke ni Prof?!

Salam ceria.
Di pagi 1 Syawal 1435 Hijrah.
“Biar Ani tolong pakaikan samping abang!”
“Eh, tak pe la, abang boleh pakai sendiri. Ani siapkanlah hidangan ketupat rendang tu.”
“Ala. Setaun sekali je, biar ani tolong pakaikan.”
“Baik Ani siapkan juadah tu, sunat makan dulu di pagi 1 Syawal sebelum ke masjid tunaikan solat raya. Nanti lambat pulak. Pakai samping ni abang dah ‘expert’.”
“Ye ke dah ‘expert’‎?
“Eh, tentula, dah lebih 30 tahun ‎memakainya.”
“Samping tu pakaian Melayu…”
“Ya la, tapi sekarang dah jadi ‘Baju Kebangsaan’, semua orang, semua bangsa boleh pakai.”
“Bila pakaian Melayu, ia ada tatacara memakainya…”
“Eh, tatacara macam mana pulak tu?”
“Cuba abang baca, apa kata profesor UPSI ni…”
Sambil menghulurkan akhbar…
“Apabila mengenakan samping, lelaki yang sudah berkahwin, mesti di bawah lutut…..
Namun orang bujang sampingnya mesti di atas lutut.
Kalau orang sudah kahwin memakai samping singkat, itu tandanya dia hendak menambah isteri….”
“Laaa, ini ke isunya!”
“Patutlah Ani sungguh-sungguh nak pakaikan samping abang.”
“Patutlah tahun sudah, abang rasa ramai yang tertarik dengan abang, ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ.”
“Orang yang beristeri empat tu agaknya hujung samping dah dekat buku lali, macam pakai kain pelikat…Betul ke Prof ni?!”

(Cerita rekaan semata-mata)

Moga semua pembaca anjangmuor.com dapat ‘lailatul qadar’, menambah takut kita pada Allah, rindu pada Rasul junjungan.

Salam Aidil Fitri, maaf zahir batin dari anjang sekeluarga.

Surau PPI, BCH.
6.32am, Jul 25, 2014.

< ♈̷̴✽̶⌣̊✽̶.♈̷̴✽̶⌣̊✽̶.♈̷̴✽̶⌣̊✽̶.♈̷̴✽̶⌣̊✽̶. Assalamualaikum  wrt wbt . Sebelum Ramadhan pergi . Sebelum Aidul Fitri tiba . Sebelum operator sibuk . Sebelum SMS pending . Sebelum BBM pending . Sebelum kredit habis ┏┉⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓ Anjang dan Keluarga ┆ memohon kemaafan dan keredaan Tuan/Puan, Saudar/i ┆┏┉⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓ “MINAL AIDIN WAL FAIZIN” ┆MOHON MAAF LAHIR & BATIN. – Semoga Allah menerima Amal Ibadah Puasa kita di Bulan Ramadhan ini. Di anugerahkan Hati yang TakutkanNya dan rindukan NabiNya ┏┉⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓>Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Pagi 1 Syawal 1435H***

  • August 6, 2014 at 3:15 pm
    Permalink

    as salam Tuan, MZB
    “Ngaturaken sugeng riyadi Ied Fitri 1435 H.Nyuwun gunging pangapunten.. Mugi kita kanugrahan jatining fitrah saking Gusti ingkang Maha Mirah. Aamiin”. “Mengucapkan selamat hari raya Ied Fitri 1435 H. Mohon maaf sebanyak-banyaknya. Semoga kita dianugerahkan diri yang fitrah oleh Tuhan (ALLAH) yang Maha Pemurah. Aamiin”.
    تقبل الله مناومنكم تقبل ياكريم من العائدين والفائزين. Sugeng riyadin Fitri 1435 H kanti tulusing manah, nyuwun اpangapunten sedaya khilaf lan kesalahan
    wassalam drp UFO JB

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *