***Zainol Fikri Dalam Kenangan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Ust Zainol Fikri
Ust Zainol Fikri

Salam ceria,
Hari ni hari ke 7 anjang dan kawan-kawan di Lahar Yooi. Berpuasa sunat Syawal 6 hari. Kira hari ni hari raya puasa 6 la. Sepanjang 6 hari ni, cuaca panas terik. Tapi, sejak keluar dari asrama penginapan awal pagi tadi, suasana mendung dan hujan turun rintik-rintik. Hari ini ‘open house’ anjuran kilang memproses ayam Ikhwan, tapi hujan turun semakin lebat.

Jam 9.35am ni, ketika anjang sedang menaip, hujan sedang turun dengan lebatnya di sini. Rupanya ada berita sedih pagi ini pemergian seorang staf GISB di Rompin. Us Zainol Fikri bin Mohd Yusof telah kembali menemui Allah di usia akhir 40’an anjang rasa, kerana darah tinggi dan ‎demam. Allah menyayangi beliau.

Pernah Us Zainol meminta anjang tulis skrip yang sesuai, untuk dia lakarkan ‎dalam bentuk kartun sebagai bahan bacaan dan pendidikan kanak-kanak. Us Zainol memang pakar melukis. Anjang suka dengan lakaran tangannya. Seperti Azman Muslim. Dalam GISB ‘otai’ lukisan ni, Pak Cik Rosdin la tetapi ada beberapa orang yang berbakat termasuk remaja. Dengan pemergian Us. Zainol, kita kehilangan seorang kawan yang baik, berakhlak, menghormati orang, selalu tersenyum. Kita kehilangan seorang pejuang, seorang pelukis Islam walaupun di akhir hayatnya terkenal dengan Us Zainol Dobi kerana bertugas di premis dobi. Antara jasa beliau adalah mengedit buku susunan Ust Nasaruddin Awang, ‘Sejarah Kehidupan Rasulullah SAW’ yang telah dibaca ribuan orang.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada roh beliau agar Allah menerimanya dan menempatkannya di kalangan hamba-hambaNya yang bertakwa.

Kafe Ayam Ikhwan. LY
9.56am, Ogos 6, 2014

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

5 thoughts on “***Zainol Fikri Dalam Kenangan***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *