‘Keputusan Salah, Cacat Dari Segi Undang-undang

Kongsikan kepada yang lain
Share

‘Keputusan salah, cacat dari segi undang-undang’

8:24PM Aug 9, 2014

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata keputusan PKR yang memecat keanggotaan beliau daripada parti adalah “salah dan cacat dari segi undang-undang”.

 

Katanya, beliau bagaimanapun tetap menerima keputusan tersebut dan akan meneruskan khidmatnya sebagai menteri besar, sementara menunggu pandangan Sultan Selangor berhubung kedudukannya.

 

Khalid dan Sultan Sharafuddin Idris Shah akan hadir di satu majlis di masjid negeri, Shah Alam esok.

 

“Sehingga isu ini diselesaikan mengikut  prosedur yang betul, mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai menteri besar mengikut kemampuan saya,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Mengulas lanjut mengenai tindakan pemecatan beliau, Khalid mendakwa pemecatan itu juga berpunca dari perbuatan khianat dari pemimpin tertinggi PKR.

 

“Saya tidak diberikan peluang dan proses yang adil untuk menjawab semua tuduhan terhadap saya mengikut tatacara yang teratur dan adil.

 

PKR keliru, ada sabotaj

 

“Saya percaya ada tindakan sabotaj dari pihak tertinggi parti,” katanya lagi yang mendakwa PKR “keliru” dengan tuduhan ke atasnya.

 

Malah, parti itu juga gagal menyatakan secara khusus peruntukan parti yang didakwa telah dicabuli oleh beliau.

 

PKR yang menghadapi masalah untuk bekerjasama dengan Khalid mengarahkan agar presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggatikan kedudukannya.

 

Beliau bagaimanapun enggan berbuat demikian, yang menyebabkan lembaga disiplin mengarahkan beliau menjelaskan mengenai lima isu.

 

Ia melibatkan rancangan menstruktur semula industri air Selangor, kenaikan elaun menteri besar, kenaikan lesen perniagaan, lebuh raya Kidex dan penyelesaian hutang RM66 juta Khalid dengan Bank Islam.

 

Khalid bagaimanapun tidak hadir ke sesi pendengara tersebut dan mengirim surat bagi memohon penangguhan dan juga butiran lebih jelas berhubung tuduhan berkenaan.

 

Khalid juga kecewa kerana lembaga tersebut meneruskan sesi pendengaran tersebut, sehingga menyebabkan beliau dipecat daripada parti hari ini.

 

Majlis Pimpinan Pusat PKR pada petang ini memutuskan untuk memecat keanggotan beliau daripada parti berkuatkuasa serta merta.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *