Kebahagiaan

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Bukan mudah mendapat kebahagiaan. Kebahagiaan belum tentu ada pada kekayaan dan kemewahan. Ia juga belum pasti terdapat bersama kemasyhuran dan glamour. Tidak semestinya orang yang menghiburkan orang lain, dirinya terhibur. Dirinya gembira, bahagia dan ceria. Bahagia bukan di air muka yang ceria dan riang gembira. Itu semua perkara luaran. Jangan tertipu dengan soal luaran.

Bahagia itu di hati. Ia adalah perasaan seseorang. Apabila seseorang sangat kenal tuhannya. Faham pula peranan Tuhan. Perbuatan Allah terhadap hamba-hambaNya. Pandai mencungkil hikmah yang tersembunyi lalu terpimpin untuk sabar, redha dan menerima apa saja yang datang dari Allah, hakikatnya dia akan jadi orang yang paling bahagia.

Miskin pun dia bahagia, apatah lagi jika dia kaya dan berharta. Tidak Terkenal pun dia bahagia, betapa lagi jika dia terkenal dan glamour. Rupa yang hodoh pun dia bahagia, lagi-lagilah jika dia handsome atau cantik. Bertambah bahagia. Suara sumbang punRobin-Williams dia bahagia apa lagi jika memiliki suara lemak manis.

Ringkasnya, seseorang yang kenal Allah sahaja yang akan bahagia. Yang tak kenal Allah walaupun nampak macam bahagia bila selalu menghiburkan orang lain, hakikatnya tidak bahagia. Bila kecewa dengan kehidupan dan akhirnya putus asa, maka cerita yang akan kita dengar ialah berita kematian yang menydihkan.

 

 

Robin Williams Ditemui Mati Akibat Bunuh Diri

ArtisUtamaAugust 12, 2014

 

LOS ANGELES – Pelakon pemenang anugerah Oscar dan pelawak, Robin Williams ditemui mati hari ini akibat bunuh diri yang disyaki berpunca daripada kemurungan.

 

Menurut satu kenyataan polis, bintang berusia 63 tahun yang popular dengan beberapa hit Hollywood seperti ‘Good Will Hunting’, ‘Good Morning Vietnam’ dan ‘Mrs Doubtfire’ telah ditemui mati di kediamannya , Tiburon, utara California.

 

“Buat masa ini, Pejabat Bahagian Koroner Syerif mengesyaki kematian pelakon itu berpunca akibat bunuh diri tetapi punca kematian masih disiasat,” jelas kenyataan dari Jabatan Marin County Sheriff. – AFP

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “Kebahagiaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *