Apa kebendenya ALS Ice Bucket Challenge?

Kongsikan kepada yang lain
Share
YB Nazri Aziz
YB Nazri Aziz

Tengah sibuk mengikuti berita usaha membawa pulang jenazah mangsa pesawat MH17.dan siasatan mengenainya juga berita serangan brutal Israel di Ghaza tiba-tiba alam maya dipenuhi dengan viral video orang siram satu baldi ais atas kepala. Apa kebende tu?

Nama program atau cabaran tu ALS “Ice Bucket Challenge”. Apa tujuannya? Sehingga menteri-menteri di Malaysiaku yang tercinta pun sanggup buat? Kuat betul pengaruh alam maya ni macam lebih power dari kisah alam jin Tamar Jalis.

Apa itu Ice Bucket Challenge?

Ini merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit ALS di mana peserta kena menyiramkan satu bekas air ais air ais ke badannya dan mencabar orang lain untuk melakukan hal yang sama. Jika tidak boleh atau tak sanggup melakukannya, mereka kena menyumbangkan $100 ke yayasan ALS.

Bagaimana ia bermula?

Ice Bucket Challenge mulanya beredar di media sosial bila seorang pemain besbol AS dan pesakit ALS, Pete Frates, membuat cabaran dalam sebuah video di laman sosial, lalu kesannya lebih dari 1,2 juta video tersebar di Facebook mulai 1 Jun hingga 13 Ogos. Video-video tersebut juga di’mention’ lebih dari 2,2 juta kali di Twitter sejak 29 Julai dan penganjur rasmi pesakit ALS, telah berjaya mengumpul lebih $31.5juta!!!

Apa itu ALS?

ALS (Amyotrophic lateral sclerosis) merupakan satu penyakit neurodegeneratif progresif yang mempengaruhi sel-sel saraf di otak dan sumsum tulang belakang. ALS dapat menjangkit 2 orang setiap 100.000 populasi global. Sekitar 20% orang yang mengidap ALS mampu bertahan hidup hingga 5 tahun atau lebih, sedangkan 10% mampu hidup lebih dari 10 tahun dan sekitar 5% hidup sampai 20 tahun setelah didiagnosis. Katanya rasa sakit pesakit ALS ini umpama seorang yang dijirus dengan ais yang sejuk….

Siapa yang sudah menerima cabaran? Ramai, artis, ahli sukan, menteri. Di Malaysia YB Nazri Aziz, YB KJ antara yg menerima cabaran. Cuma kebanyakan mereka menerima cabaran dan membayar USD100. Luar negara lagi ramai yang terima cabaran ini antaranya

Cristiano Ronaldo David Beckam Iker CasillasNeymarSteven GerrardLady Gaga Mark Zuckerberg Brian Vickers Satya Nadella Bill Gates Oprah Winfrey Britney SpearsDll.

Sebab apa mereka terima cabaran? Tuan punya diri je tahu. Mungkin ikhlas kerana nak bantu pesakit ALS. Mungkin takut orang kata pengecut. Atau nak popular. Atau nak ikut trend. Atau suka-suka. Macam-macam sebab.

Wajarkah disahut cabaran ini?

Dikala dunia Islam khasnya Malaysia sedang bersedih, berkabung kerana kepulangan jenazah mangsa jenayah ke atasvMH17, di bulan kemerdekaan yang sangat bermakna ini, ditambah dengan kemalangan mengerikan di tapak pembinaan, pantai Sabah yang belum benar-benar aman…. Korang tentukan sendirilah wajar atau tidaknya ia dibuat. Tapi terpulanglah… Hak individu.

Tanjung Malim

7.16am. Ogos 23, 2014

Do you get my challenge?

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “Apa kebendenya ALS Ice Bucket Challenge?

  • August 23, 2014 at 7:39 am
    Permalink

    Rasa sedih tu kebanyakkan rakyat Malaysia pun sekadar ikut ikutan juga. Nanti APA pulak org kata, lebih2 lagi org2 kenamaan. Hakikatnya taklah sesedih mana sebab yg kena bukannya di kalangan ahli keluarga pun.
    Rasa persaudaraan terutamanya sesama Islam perlu ditingkatkan Dan disuburkan sehingga mendarah daging. Barulah sesuai sepertimana terdapat di dalam Al Quran bermaksud lebih kurang “orang mukmin itu bersaudara”. Hidup nafsi2 masih lagi menebal di kalangan kita…semuga Allah sudi mengungkai rasa2 negetif INI kepada yg lebih positif dalam hal2 persaudaraan terutamanya..

    Reply
  • August 23, 2014 at 12:29 pm
    Permalink

    Perbuatan syirik yang nyata

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *