Cerita Kawan Bisnes Sim ONEXOX

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam Semua ….
Sedikit update tentang masaalah MNP dari MAXIS . Saya sudah membuat pengumuman ttg pekara ini 2 minggu yg lepas tetapi saya rasa ramai yg terlepas pandang announcement tersebut . Jadi sekali lagi saya ingin memberi sedikit info kepada anda semua .
Pada keseluruhan bulan MAC terdapat lebih kurang 700 lebih permohonan telah di REJECT dgn kod SP 61 dari MAXIS . Ianya jumlah yg agak besar bagi kita . Dan yg paling mengecewakan ianya adalah pekara yg disengajakan oleh MAXIS secara sengaja.
Kenapa MAXIS bertindak sedemikian ?
Maxis sebenarnya telah mengesan ramai dealer dealer mereka yg membuat aktivasi palsu terhadap simkad mereka dimana ianya adalah pekara yg betul . Dealer Dealer traditional maxis ini kebanyakannya menjadi dealer kpd lebih dari satu MNO . Maksud saya mereka ini dealer maxis dan celcom .
Aktivasi palsu ini ialah utk proses MNP kepada CELCOM 1 Malaysia . Dan kita tahu harga pasaran bagi celcom 1 malaysia adalah sekitar rm 50 ringgit ke 100 ringgit .
Kenapa perlu MNP ?
Sim kad CELCOM 1 Malaysia sebenarnya sudah tiada dipasaran dari december 2013 kerana CELCOM mendapati Product ini mempunyai kelemahan sistem dimana Sim kad ini tidak dapat menghentikan perkhidmatan data selepas quota telah habis digunakan .
Celcom 1 malaysia menawarkan harga rm 25 ringgit utk 1 G tetapi selepas quota 1 G habis dipakai ianya masih boleh digunakan tetapi speed internet ini telah dikawal dan direndahkan . Di sini belaku masaalah teknikal dimana selepas quota 1 g speed masih lagi laju jadi ianya membawa kerugian kepada CELCOM dan sebab itu ianya ditamatkan perkhidmatannya oleh CELCOM ..
Tetapi dealer dealer ini telah mendapat tahu bahawa pelan CELCOM 1 MALAYSIA masih lagi ada didalam sistem mereka iaitu salah satu pelan didalam proses MNP . Maka disini wujudlah peluang kepada mereka utk membuat DUIT DUIT DUIT .
Sebab bila ada benda benda yg FREE atau benda haram maka berebut rebut la orang kita membelinya dan harga bagi simkad 1 malaysia ini dijual diantara 50 ke 100 ringgit kosong . takde kredit langsung didalam nya ..
kos mnp maxis ke celcom adalah percuma maka dealer dealer ini akan menjana pendaptan luar biasa .
Didalam satu hari ada lebih kurang 5000 ke 8000 pendaftaran MNP Maxis Ke CELCOM … Dan Maxis terpaksa membuat sesuatu supaya manipulasi ini dapat dihentikan malangnya segala prosedur mereka tidak dapat menghalang dealer dealer mereka dari membuat pekara ini .
Sebagai mengambil jalan mudah MAXIS akan reject semua permohonan MNP ke rangkaian CELCOM dan tempias nya terkena kepada ONEXOX kerana kita juga dianggap sebagai rangkaian CELCOM . Memang Maxis tak sepatutnya buat begitu dan kita di ONEXOX terkena tempias permaianan tamak haloba org org kita jugak didalam mengejar hasil haram CELCOM 1 MALAYSIA ..Nak buek camno ….

  • keburukan onexox (125)
  • cara buat internet free (95)
  • kelemahan onexox (32)
  • onexox (30)
  • kekurangan onexox (13)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “Cerita Kawan Bisnes Sim ONEXOX

  • September 4, 2014 at 1:43 pm
    Permalink

    Patut lah line macam siput

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *