Takutilah Allah…

Kongsikan kepada yang lain
Share

‎Haji Akbar untuk dapatkan ‘Takut Allah’

Sehari selepas nahas di Lebuhraya PLUS yang
mengorbankan seorang suri rumah berusia 50 tahun dan
anak perempuannya, seorang saksi menceritakan rentetan
kejadian kepada BH Auto secara EKSKLUSIF bagaimana
tragedi itu berlaku melibatkan sebuah lori treler muatan
berat menempuh beberapa buah kenderaan.
Bertugas sehari sebelum Hari Raya Aidiladha adalah
merupakan satu perkara biasa bagi pemandu bas ekspres
untuk memandu dengan lebih berhati-hati di kala kesibukan
orang ramai pulang beraya ke kampong halaman.
Namun bagi pemandu bas ekspres Transnasional ke
destinasi Kangar dengan membawa 37 penumpang selepas
bertolak dari Ipoh pukul 11 pagi tiga hari lepas, Hamdan
Haron masih lagi sukar melupakan tragedi yang
disaksikannya di KM256.1 (arah utara) Lebuhraya Plus,
tidak jauh dari Terowong Menora.
Menceritakan kisah nahas tragis tersebut kepada BH Auto,
Hamdan berkata lalulintas di Lebuhraya Utara-Selatan
adalah amat sibuk dengan kelihatan beberapa buah lori
treler di lorong perlahan selepas melalui terowong.
Menurut Hamdan, ketika dia sedang memintas trak Hino
berjalur putih dan merah serta treler kuning yang
membawa muatan jubin mozek yang berada di lorong kiri,
“tiba-tiba pemandu trak tersebut membunyikan hon dan
memberi isyarat tangan kepada saya dengan begitu
bersungguh.”
Hamdan menjelaskan bahawa pemandu lori itu membuat
isyarat tangan yang bermaksud bahawa trak itu sedang
mengalami masalah brek tidak berfungsi.
“Pemandu trak ini meminta kepada saya agar diberikan
ruang untuknya masuk ke lorong saya iaitu lorong kanan.
Dia juga menurunkan tingkap sambil mengatakan sesuatu,”
kata Hamdan yang berasal dari Batu Gajah.
“Jadi saya mengurangkan kelajuan kenderaan untuk
membenarkan treler kuning itu untuk menukar lorong
dan berada di hadapan saya,” kata pemandu bas ekspres
Transnasional ini.
“Tetapi trafik di hadapan kurang lancar di mana lima atau
enam kereta sedang berada di hadapan dan sebuah trak
putih juga berada di lorong kanan di hadapan trak Hino.
Lalulintas agak perlahan kerana terdapat sebuah pasukan
Plus Ronda sedang meletakkan kon trafik di lorong
kecemasan untuk memberi pertolongan kepada sebuah
kereta rosak. ”
Melihat kepada keadaan tersebut, Hamdan berasa tidak
sedap hati dan berasa sesuatu yang buruk akan berlaku.
“Ketika trak Hino sudah di depan saya dan memikirkan
sebuah kenderaan berat menghadapi masalah brek, saya
kurangkan laju dan menjarakkan diri. Beberapa saat
kemudian, treler lori itu merempuh bahagian belakang
trak putih,” kata pemandu bas ekspres yang berusia 47
tahun itu.
Hamdan berada kira-kira 20 kaki dari trak putih tersebut
apabila ia rebah ke sisi di bahu jalan akibat hentaman oleh
trak treler kuning tersebut.
Selepas itu, kata Hamdan, rempuhan berganda melanda
beberapa buah kereta.
“Saya menyaksikan dengan ngeri bagaimana trak treler
kuning tersebut yang sarat dengan muatan tidak dapat
dikawal telah menerjah Proton Saga merah dan mengheret
kereta itu sejauh sekitar 100 meter menuruni bukit dan
pada masa yang sama ‘menolak’ lima buah kereta –
Perodua Myvi, Mercedes, dua Proton Alza dan Honda City,”
Hamdan mengimbas kembali.
Trak Hino tersebut dalam perjalanan menghantar muatan
jubin ke Pulau Pinang dari Johor Bahru.
Pemandu bas masih trauma selepas menyaksikan
kemalangan tragis
Sambil cuba menenangkan diri ketika bercerita kepada BH
Auto, Hamdan menerangkan bahawa beliau berjaya
mengawal bas dengan selamat walaupun terpaksa
menempuh saki-baki serpihan perlanggaran bertebaran di
lokasi nahas.
“Tetapi sehingga kini, masih jelas di ingatan saya rentetan
trak tersebut ‘memanjat’ bahagian belakang Saga merah,
terus ia melekat seperti lintah dan mengheret kereta itu
menuruni cerun untuk beberapa saat dan ini adalah
sesuatu yang saya tidak akan lupakan,” kata Hamdan yang
berpengalaman 20 tahun mengendalikan kenderaan berat
sebagai pemandu bas di kampus universiti dan juga sebagai
pemandu trak trailer di laluan Ipoh-Singapura sekitar 90-
an.
Hamdan berkata beliau akan membuat laporan sebagai
saksi untuk membantu polis trafik dalam penyiasatan dan
mahu membantu keluarga mangsa mendapat gambaran
lebih jelas.
Ditanya adakah tragedi tersebut boleh dielakkan sekiranya
Hamdan yang berada di ruang pemandu trak pada Sabtu
lepas ketika saat genting kegagalan brek, dia berkata: “Jika
saya adalah pemandu lori treler tersebut, saya mungkin
mengambil pendekatan yang berbeza tetapi ia juga adalah
satu perkara yang amat sukar memandangkan keputusan
harus diambil di saat getir. ”
“Apa yang saya lihat pada Sabtu lepas adalah sesuatu yang
tidak dapat dilupakan dan saya masih berasa trauma ketika
ini,” kata pemandu Transnasional itu.
Norhayati Wook, 50, dan anak perempuannya Siti
Yuslianis Roslan, 20, pelajar Universiti Sultan Zainal
Abidin (UniSZA), kedua-duanya berada di tempat duduk
belakang, meninggal dunia di tempat kejadian akibat
kecederaan kepala manakala ahli keluarga yang lain
mengalami cedera ringan. Mereka dalam perjalanan ke
Lenggong, Perak untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.
Menurut polis, nahas yang berlaku pada pukul 11:30 pagi
itu sedang disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta
Pengangkutan Jalan 1987. – Shahrim Tamrin.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *