Fahaman liberalisme agama bahayakan negara

Kongsikan kepada yang lain
Share

Faiz Zainudin | Oct 13, 14 8:53am
Fahaman liberalisme agama dan pluralisme akidah adalah lebih bahaya daripada kumpulan Al-Arqam kerana bersifat global serta mempunyai rangkaian antarabangsa yang boleh merosakkan kesucian Islam.
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen PKR (Kulim Bandar Baru), Datuk Zulkifli Noordin mendesak pihak berkuasa supaya, mengambil tindakan tegas terhadap individu dan pertubuhan yang terlibat dengan penganjuran aktiviti sesat tanpa mengira siapa dan kedudukan mereka.
Katanya, fahaman liberalisme agama dan pluralisme akidah adalah lebih bahaya daripada kumpulan Al-Arqam kerana bersifat global serta mempunyai rangkaian antarabangsa yang boleh merosakkan kesucian Islam dan keharmonian antara agama.
“Kegiatan seperti ini mesti dibendung dari akar umbinya supaya tidak terus bercambah dan merosakkan keharmonian agama.
“Kita melihat ketegasan pihak berkuasa terhadap kumpulan Al-Arqam yang dirungkai sampai ke akar umbi menyebabkan kumpulan itu tidak boleh bernyawa lagi,” tegasnya.
Pada masa yang sama Zulkifli, memberi sokongan penuh dan memuji Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengarahkan kementeriannya supaya menghalang aktivis sesat, Ulil Abshar dan tidak membenarkan tokoh liberal dari Indonesia untuk menghadiri diskusi meja bulat anjuran Islam Renaissance Front dan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) daripada memasuki negara .
“Ini adalah satu tindakan proaktif yang saya percaya sangat dialu-alukan rakyat yang cintakan keamanan,” katanya.
Sementara itu beliau juga mendesak pihak kerajaan agar mengkaji semula kedudukan Datuk Saifuddin Abdullah sebagai ketua pegawai Eksekutif Yayasan GMM ekoran mempunyai kaitan dengan diskusi membabitkan seorang aktivis Islam liberal dari Indonesia yang tidak sesuai serta bercanggah dengan gagasan wasatiyyah yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *