***Pak Leh dalam kenangan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

‎Salam ceria.
Setiap yang bernyawa akan merasai kematian. Kamu, aku. Orang tua, orang muda. Besar, kecil. Kaya, miskin. Lelaki perempuan‎. Islam, kafir. Mukmin, ‘asi. Soleh, toleh. Manusia, jin. Pemerintah, rakyat. Artis, peminat. Driver, penumpang. Yang di rumah, yang musafir. Semua akan mati.

Pak Leh telah pergi. Pulang ke kampung asal. Kampung asal Pak Leh bukan Muar atau lain-lain tempat. Kampung asal ‎aku bukan Kg Tengah. Kampung asal kita semua bukan di sini. Dunia yang fana’ ini. Kita berasal dari sana. Dari kampung akhirat. Nabi Adam dan Siti Hawwa berasal dari Syurga. Itulah kampung asal kita. Jangan leka, kita pasti ke sana. Kita menuju ke sana.

Pak Leh pergi dulu. Meninggalkan kami semua. Doakan kami Pak Leh! Moga selamat menuju kampung akhirat yang kekal abadi. Tidak diukur dengan masa. Kami juga mendoakan Pak Leh, moga Allah dengan rahmat-Nya menerima baik roh Pak Leh. Melihat wajah Pak Leh yang berseri, moga syurga Firdauslah tempat Pak Leh yang banyak berkorban untuk Islam. Amin!

Al Fatihah…

12/3 BCH

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Pak Leh dalam kenangan***

  • October 28, 2014 at 7:17 am
    Permalink

    Semoga ⌣Ąllάh merahmati allaahyarham di sisi-Nya,

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *