Ipoh Mali

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,
Hujan-hujan di Ipoh begini tentu sedap kalau dapat pekena sup kambing depan Taman Kanak-kanak dengan En Nasir Ghani tapi sayang, dia dah balik Pontian. Tak merasa anjang sup kambing power. Memang sedap. Jumpa dia baru-baru ni di Kluang sedang operasi upgrade bilik tetamu. Dapat jumpa kawan-kawan lama, Mislan, En Rashidi Zakaria, Dr Mohd Noh Jalil (Abah), Cikgu Hatta dll.

Shidi beri anjang daun Insulin. Ambil tepi jalan menghala Kota Tinggi. Daunnya dijemur, nak guna masukkan ke dalam air panas atau direbus. Rasanya bagaimana? Cubalah sendiri! Batangnya untuk disemai. Anjang bawa ke TM, semai di RTS, moga-moga tumbuh. En Wahab bawa ke AB, tanam di sana. Dr Mohd Noh juga ambil untuk di tanam. Pokok ni hanya ada di Indonesia. Yang di Kluang tu mungkin ditanam oleh orang Indonesia yang tinggal di situ sebelum ini. Mas Iman ada memberi anjang produk insulin keluaran Ikhwan Indonesia, baik untuk pengidap diabetes. Dah siap dalam kapsul.

Tadi baru selesai daftar enterprise Butik TM dengan nama baru di SSM Ipoh. Kena RM70. Nama pemilik 2 orang, Kak Aishah dan Ummu Fathiyah. Sementara menanti mereka berurusan, Anjang merayau di kedai-kedai HP dan berakhir di kios Pakistani dengan hidangan masakan Pakistan. Pekena sup kambing dengan Fateh sambil membaca what’s up, apa yang anjang dapat? Silalah baca di bawah:

‎8 jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit :

  • ARKITEK TM (15)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *