DAP selar kenyataan Mustafa Ali

Kongsikan kepada yang lain
Share

DAP selar kenyataan Mustafa Ali

Khairil Ashraf | Nov 6, 14 5:42pm

Kepimpinan DAP Pusat amat kecewa dengan sikap dan pandangan tersebut kerana ia bukannya isu yang remeh tetapi melibatkan kesinambungan dan survival politik Pakatan Rakyat (PR).

PETALING JAYA : DAP hari ini menyelar kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang menyifatkan isu ketidakhadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) merupakan perkara yang remeh dan tidak perlu diberi perhatian

Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Loke Siew Fook, kepimpinan DAP Pusat amat kecewa dengan sikap dan pandangan tersebut kerana ia bukannya isu yang remeh tetapi melibatkan kesinambungan dan survival politik Pakatan Rakyat (PR).

“Isu yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkenaan ketidakhadiran Presiden PAS dalam mesyuarat PR bukan sahaja isu ketidakhadiran beliau secara fizikal dalam mesyuarat tetapi yang lebih serius ialah ketidakpatuhan terhadap keputusan yang telah dicapai dalam mesyuarat MPPR.

“Bagaimanakah PR dapat berfungsi dengan efektif dan melangkah ke hadapan sekiranya keputusan yang telah dicapai bersama dalam mesyuarat boleh dinafikan oleh Presiden salah satu parti kompenen secara “unilateral” yang tidak hadir dalam mesyuarat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Loke berkata, sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang menggalas tanggungjawab pentadbiran yang berat, Guang Eng juga tidak dapat hadir dalam setiap mesyuarat MPPR.

Katanya, walau bagaimanapun ketidakhadiran Guan Eng dalam mesyuarat tidak pernah menimbulkan masalah kerana beliau tidak pernah mempertikaikan sebarang keputusan yang diputuskan.

“Wakil DAP dalam MPPR diberikan mandat penuh dan kepercayaan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP untuk membuat keputusan bagi pihak DAP.

“Persoalan yang utama di sini ialah adakah wakil PAS dalam MPPR diberikan mandat untuk membuat keputusan bagi pihak PAS tanpa kehadirannya?,” soalnya.

Tambahnya, MPPR tidak akan dapat berfungsi sekiranya tidak ada komitmen penuh daripada setiap parti dalam PR bagi mematuhi dan berpegang kepada prinsip dan dasar bersama PR serta keputusan yang telah diputuskan

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *