Jangan jadi jaguh hingga tak hormati fatwa

Kongsikan kepada yang lain
Share

Jangan jadi jaguh hingga tak hormati fatwa
Khairil Ashraf | Nov 7, 14 3:04pm

PETALING JAYA : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan beberapa Ahli Parlimen PAS yang mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor tidak perlu menjadi jaguh hingga orang lain boleh memandang hina kepada Islam.
Katanya, kes ini telah dibawa ke mahkamah dan sekiranya ketiga-tiga ahli parlimen tersebut menghormati prosedur mahkamah, ia seharusnya tidak perlu dibincangkan atau dipersoalkan kerana akan dianggap sebagai subjudis.
“Jangan nak jadi jaguh hingga tak menghomati jawatankuasa fatwa dan perundangan di dalam negara ini. Orang lain akan mentertawakan kita,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mempunyai sistem dan peraturannya yang tersendiri.
“Siapa yang hendak duduk di jawatankuasa ini mempunyai kriterianya yang tersendiri,” ujarnya.
Semalam, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar) dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam selepas mengadakan pertemuan bersama SIS dilaporkan berkata tindakan fatwa negeri Selangor mewartakan SIS berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme adalah tidak berasas.
Kedua-dua pemimpin ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, pihak berkuasa agama seharusnya berbincang bersama pertubuhan itu sebelum mengisytiharkan SIS sebagai sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut merupakan Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Siti Mariah Mahmud.
Hari ini, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Iskandar Samad menegaskan di sini bahawa tindakan beberapa orang ahli Parlimen PAS mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkenaan liberalisme dan pluralisme bukan pendirian PAS Negeri Selangor.
Ujarnya, tindakan Ahli-Ahli Parlimen PAS tersebut telah dibuat tanpa berbincang dengan PAS Selangor walaupun PAS Selangor mengadakan pertemuan mingguan wakil-wakil rakyat iaitu pada setiap pagi Rabu.
Dalam pada itu ketika ditanya mengenai percanggahan pendapat dalam kalangan PAS Selangor, Noh berkata, beliau melihat ahli-ahli PAS tidak mempunyai hormat terhadap kepimpinan mereka.
“Keputusan Presiden dicanggah, Presiden Majlis Syura disanggah,” sindirnya.

Sumber:FMT

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *