“Jangan pertikai fatwa yang beta luluskan” Sultan Selangor

Kongsikan kepada yang lain
Share

‘Jangan pertikai fatwa yang beta luluskan’

Adam Abu Bakar | Nov 6, 14 1:23pm

Umat Islam perlu yakin dengan penuh ikhlas, bersatu dan berpadu fikiran untuk memahami segala ajaran Islam dan ia perlu mengatasi ideologi dan mengatasi kepentingan politik.

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah dan menyeru umat Islam janganlah tergesa-gesa mengkritik fatwa yang telah dikeluarkan tanpa memahami dengan sepenuhnya.

Umat Islam perlu yakin dengan penuh ikhlas, bersatu dan berpadu fikiran untuk memahami segala ajaran Islam dan ia perlu mengatasi ideologi dan mengatasi kepentingan politik.

“Beta menyatakan demikian supaya tidak mahu wujud sebarang pertelagahan dan perbalahan sesama umat Islam dalam pelaksanaan urusan agama sehingga maruah agama Islam jatuh, mudah dipersenda dan dipertikai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” titahnya.

Baginda bertitah bagi merasmikan Multaqa dan Seminar Kanun Jenayah Syariah di SUK, hari ini.

Tambah baginda lagi, baginda yakin, segala peraturan al-Quran termasuklah peraturan dan segala hukum yang telah ditetapkan oleh Allah mempunyai hikmah serta kebaikkan kepada seluruh alam.

“Sesuatu fatwa bukan hanya boleh dibuat atau ditentukan oleh mufti sahaja, tetapi ia dibuat melalui Jawatan Kuasa Fatwa yang terdiri daripada alim ulama dan juga professional yang mahir dalam bidang masing-masing termasuk mereka yang berada dalam bidang perundangan,” titah baginda lagi.

“Mereka akan berbincang dan menentukan sesuatu hukum, setelah mengambil kira hukum-hukum di dalam al-Quran, hadis dan kitab-kitab yang berkaitan.

“Sesuatu fatwa yang dibuat di negeri Selangor hanya akan menjadi sah setelah mendapat persetujuan dan perkenan beta,” titahnya.

Tambah baginda lagi, baginda tidak mahu keamanan, perpaduan dan pembangunan yang telah dibina dan pertahankan hancur atau dimusnahkan oleh mereka yang bersikap melampau hanya disebabkan kejahilan atau dipengaruhi hawa nafsu serta unsur-unsur ekstrimis dari luar.

 

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *