Mufti Selangor tangguhkan pertemuan antara SIS

Kongsikan kepada yang lain
Share

Mufti Selangor tangguhkan pertemuan antara SIS

Adam Abu Bakar | Nov 6, 14 1:46pm

SIS sebelum ini telah memfailkan semakan kehakiman ‎terhadap fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai fahaman sesat.

SHAH ALAM: Mufti Negeri Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid menyatakan bahawa beliau akan menangguhkan buat sementara waktu pertemuan di antara badan bukan kerajaan (NGO) Sisters In Islam dan juga pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

“Tungguhlah nanti, kalau dia (SIS) nak ‘fight’ di mahkamah. Jika kita bertemu, akan jadi prejudis,” katanya sewaktu ditemui media di SUK, hari ini.

SIS sebelum ini telah memfailkan semakan kehakiman ‎terhadap fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai fahaman sesat.

SIS menamakan tiga responden, Jawatankuasa Fatwa‎ Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (Mais), dan kerajaan Selangor.

Semakan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10.30 pagi tadi melalui Tetuan ‎Azzat dan Izzat.

SIS dalam permohonannya mahu ‎membatalkan pengisytiharan fatwa itu, sebaliknya mahu diiktiraf sebagai badan yang dijamin mengikut Akta Syarikat 1965 dan tidak terikat dengan fatwa itu.

Fatwa Selangor pada Julai 2014 menggazetkan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman “liberalisme” dan “pluralisme” agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Selain itu, mana-mana terbitan yang berunsur pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas.

Fatwa itu juga mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak. Manakala individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam, menurut fatwa tersebut.

 

 

 

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *