Mujahid: Kenyataan MP PAS dimanipulasikan

Kongsikan kepada yang lain
Share

Mujahid: Kenyataan MP PAS dimanipulasikan

Mohamad Fadli | Nov 7, 14 4:27pm

PETALING JAYA: Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menjelaskan kenyataan beberapa Ahli Parlimen PAS tentang Fatwa Pluralisme dan Liberalisme serta pertemuan beliau dengan Sisters In Islam (SIS) telah dimanipulasi oleh segelintir ahli PAS sendiri.

Menurut Mujahid juga, kenyataannya telah dimanipulasikan secara malafide oleh pihak-pihak tertentu.

“Saya ingin menjelaskan, kami tidak pernah mempertikaikan fatwa tentang sesatnya pandangan yang mengatakan semua agama adalah sama dan mengimani kepada kebenaran secara relatif.

“Kami juga berpendapat bahawa ilmu syariat perlu dipandu dengan disiplin ilmu Islam bagi memahami tuntutan nas,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pertikaian PAS terhadap proses pengfatwaan dibuat bukanlah perkara baru, malah Fatwa Memali dan Fatwa Amanat Haji Hadi yang difatwakan sebagai sesat senantiasa dipersoalkan tentang ketulusan dan menuntut ruang mendapat pembelaan.

“Mengapakah hari ini premis yang sama kami pertikaikan ke atas SIS dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk segelintir ahli PAS sendiri?

“Persoalan kami adalah proses fatwa pengharaman yang perlu mendapat proses keadilan, ruang mempertahankan pertuduhan dan menilai faktor masa antara fatwa dan pengharaman,” jelasnya.

Tegasnya beliau menuntut supaya kita bersikap konsisten dalam menyatakan kebenaran tanpa mengira bulu dan hanya kerana itu kita akan dihormati kawan dan lawan.

“Sebagaimana PAS pernah bertegas menegakkan ruang mempertahankan diri dengan membawa segala tuduhan ajaran sesat ke Mahkamah Syariah untuk mendapat hak pembelaan, mengapa kita tidak pula konsisten menyatakannya kepada SIS bahawa jika mereka sesat maka dakwalah di Mahkamah Syariah supaya kebenaran dan keadilan ditegakkan,” ujarnya.

Sumber: FMT

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *