Pertikai Fatwa bukan pendirian PAS Selangor

Kongsikan kepada yang lain
Share

Pertikai Fatwa bukan pendirian PAS Selangor

Mohamad Fadli | Nov 7, 14 10:36am

Iskandar menafikan ada pimpinan PAS negeri Selangor mempertikai keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Iskandar Samad menegaskan di sini bahawa tindakan beberapa orang ahli Parlimen PAS mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkenaan liberalisme dan pluralisme bukan pendirian PAS Negeri Selangor.

Iskandar juga menafikan ada pimpinan PAS negeri Selangor yang mempertikai keputusan Jawatankuasa Fatwa tersebut adalah tidak benar.

“Terdapat media yang melaporkan bahawa salah seorang dari mereka adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

“Laporan ini adalah sama sekali tidak benar dan PAS Selangor kesal dengan tindakan tidak profesional media tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambahnya, beliau melihat tindakan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa secara terbuka adalah satu tindakan yang tidak wajar.

“Ia akan membuka ruang untuk semua fatwa-fatwa dipertikaikan.

“Keadaan yang sedemikian sudah tentu akan mewujudkan kekeliruan di kalangan umat Islam,” jelasnya.

Ujarnya, tindakan Ahli-Ahli Parlimen PAS tersebut telah dibuat tanpa berbincang dengan PAS Selangor walaupun kami mengadakan pertemuan mingguan wakil-wakil rakyat iaitu pada setiap pagi Rabu.

“Wakil-wakil rakyat tidak sepatutnya bertindak bersendirian kerana mereka bertanding di dalam piliharaya umum di atas tiket parti dan bukan tiket individu.

“Oleh yang demikian, tindakan mereka akan kami dilaporkan kepada PAS Pusat untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah dan menyeru umat Islam janganlah tergesa-gesa mengkritik fatwa yang telah dikeluarkan tanpa memahami dengan sepenuhnya.

Umat Islam perlu yakin dengan penuh ikhlas, bersatu dan berpadu fikiran untuk memahami segala ajaran Islam dan ia perlu mengatasi ideologi dan mengatasi kepentingan politik.

“Beta menyatakan demikian supaya tidak mahu wujud sebarang pertelagahan dan perbalahan sesama umat Islam dalam pelaksanaan urusan agama sehingga maruah agama Islam jatuh, mudah dipersenda dan dipertikai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” titahnya.

 

Sumber: FMT

 

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *