Khalid Samad cadang fatwa terhadap SIS dikaji dengan teliti

Kongsikan kepada yang lain
Share

Khalid Samad cadang fatwa terhadap SIS dikaji dengan teliti

Khairil Ashraf | Nov 8, 14 1:31pm

“Panggil mereka, bincang dan berikan penerangan serta teguran di mana silap mereka,”

PETALING JAYA : Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Abdul Samad mencadangkan agar fatwa terhadap Sisters In Islam (SIS) dikaji dengan lebih teliti demi keadilan.

“Panggil mereka, bincang dan berikan penerangan serta teguran di mana silap mereka,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya hasil daripada pertemuan dan perbincangan itu membuktikan SIS berpegang kepada fahaman yang tersasar dari Islam, kumpulan itu harus dihukum berdasarkan bukti dan hujah serta dinyatakan kepada umum.

“Ini adalah seperti yang telah dilakukan dalam fatwa berhubung Al-Arqam. Saya tidak bertujuan mencabar mana-mana pihak atau menyanggah fatwa tersebut.

“Apa yang saya nyatakan adalah sekadar cadangan untuk pembaikan dan bukan untuk menghasilkan kerosakan,” katanya dalam entri terbarunya http://www.khalidsamad.com/.

Khalid yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, setakat apa yang diketahuinya, SIS merupakan NGO yang melakukan usaha pembelaan tehadap wanita Islam yang dilihat hak mereka dinafikan.

“Ini termasuk yang diceraikan tetapi tidak menerima nafkah untuk anak-anak yang dibawah tanggungan dari bekas suami. Atau wanita yang didera suami tetapi tidak diberi pembelaan dan ditolak permohonan cerai.

“Setahu saya mereka tidak terlibat dalam penyebaran fahaman atau falsafah dalam kerja mereka. Biasanya perbalahan mereka dengan pihak berkuasa adalah lebih dalam persoalan perlaksanaan, bukan kepercayaan,” tambahnya.

Kelmarin, media melaporkan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Khalid Samad, yang merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, pihak berkuasa agama seharusnya faham SIS tidak berurusan dengan fahaman teologi, apatah lagi pluralisme dan liberalisme, sekiranya mereka menemui kumpulan berkenaan.

Dua pemimpin PAS itu mempertahankan SIS dan berkata fatwa yang diwartakan mengatakan pertubuhan itu bersikap liberal dan pluralisme agama tidak berasas.

Walaubagaimanapun, kenyataan mereka itu disanggah oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Iskandar Samad yang menegaskan bahawa tindakan beberapa orang ahli Parlimen PAS mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkenaan liberalisme dan pluralisme bukan pendirian PAS Negeri Selangor.

Ujarnya, tindakan Ahli-Ahli Parlimen PAS tersebut telah dibuat tanpa berbincang dengan PAS Selangor walaupun PAS Selangor mengadakan pertemuan mingguan wakil-wakil rakyat iaitu pada setiap pagi Rabu.

Sumber: FMT

Anjang: Khalid dapat info dari mana tentang Arqam ni?

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *