PERKASA: SIS cabar fatwa, langgar kesucian Islam

Kongsikan kepada yang lain
Share

PERKASA: SIS cabar fatwa, langgar kesucian Islam

Adam Abu Bakar | Nov 8, 14 7:02pm

Perancangan licik mereka menarik golongan muda amat ditakuti, kerana kumpulan ini lebih mudah terpengaruh dengan mereka kerana suka ambil mudah dalam soal agama.

PETALING JAYA: Presiden PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahya mengecam tindakan kumpulan Sisters In Islam (SIS) yang memfailkan semakan kehakiman terhadap fatwa negeri Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai fahaman sesat.

Katanya, keputusan berkenaan dibuat oleh bijak pandai dalam agama dan profesional yang berlandaskan al-Quran dan hadis.

Bukan itu sahaja, ia juga telah dibincangkan dan selepas itu baru mereka mengeluarkan keputusan Fatwa Selangor pada Julai 2014 menggazetkan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman “liberalisme” dan “pluralisme” agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

“Ia adalah tepat pada masanya daripada kumpulan ini terus dengan agendanya menjatuhkan Islam dengan terancang. Ini adalah soal agama Islam dan akidah, bukannya masalah budaya.

“Perancangan licik mereka menarik golongan muda amat ditakuti, kerana kumpulan ini lebih mudah terpengaruh dengan mereka kerana suka ambil mudah dalam soal agama.

“Pegangan yang dibawa kumpulan ini juga jelas bertentangan dengan kepercayaan, pegangan, syariat dan manhaj Islam sebenar,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelas Abu Bakar Yahya lagi, perbuatan mencabar di mahkamah mengenai Fatwa Selangor itu juga jelas melanggar kesucian Islam dan satu tindakan yang amat biadap terhadap agama.

“Cubaan mendaftarkan pertubuhan haram itu mengikut akta syarikat memperlihatkan mereka cuba menghalalkan semula SIS yang telah diharamkan.

“Sebagai umat Islam, kita hendaklah bersatu hati mempertahankan Fatwa Selangor itu dari dicabuli, ketepikan seketika sentimen politik baik UMNO, PAS mahupun PKR,” tegasnya.

 

Sumber: FMT

Anjang: Sekarang dah era boleh cabar fatwa di mahkamah ke?

 

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *