JPJ: Berhenti beri alasan tidak munasabah

Kongsikan kepada yang lain
Share

JPJ: Berhenti beri alasan tidak munasabah

Faiz Zainudin | Nov 12, 14 7:06pm

Alasan untuk mengatasi kemalangan dan kematian di atas jalan raya telah berkali-kali dikitar semula bagi menjustifikasikan operasi ke atas rakyat.

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, operasi nombor plat atau cermin gelap yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hanyalah menguntungkan sesetengah pihak sahaja sedangkan rakyat terus menjadi mangsa. Operasi yang dijalankan JPJ mengelirukan pelbagai pihak termasuklah pengguna jalan raya kerana memberi alasan yang tidak munasabah.

Pada masa yang sama, Mahfuz juga mengesa JPJ supaya menghentikan segera operasi pemeriksaan tersebut kerana ia menyusahkan rakyat sambil mengusulkan supaya kerajaan membawa perkara ini ke meja perundingan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak.

Jelas Mahfuz, kenyataan Ketua Pengarah JPJ berhubung isu kemalangan serta kematian yang dikaitkan dengan operasi kali tersebut langsung tidak munasabah.

“Kemalangan atau kematian tidak ada kena mengena dengan nombor plat atau cermin gelap tetapi ia lebih kepada cara kita memandu,” katanya seperti yang dilapor Harakah.

Tambah beliau, sebelum ini JPJ juga pernah mengatakan perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) juga untuk mengatasi kemalangan dan kematian, tetapi alasan yang sama juga pula digunakan JPJ pada operasi sekarang.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata Pemuda Pakatan Rakyat telah membuat satu penyerahan memorandum kepada Ketua Pengarah JPJ hari ini supaya pihak JPJ mengkaji semula tindakan mengenakan hukuman terhadap pemandu yang tidak mengikut piawaian JPJ melibatkan plat kenderaan, cermin gelap dan penguatkuasaan.

 

Sumber: FMT

anjang: Plat dan cermin GL ikut piawaian JPJ, Alhamdulillah

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *