MB Pahang tempah maut politik bermusuh dengan Utusan

Kongsikan kepada yang lain
Share

MB Pahang tempah maut politik bermusuh dengan Utusan

Khairil Ashraf | Nov 13, 14 12:40pm

Adnan membuat perhitungan yang salah dengan menjadikan media sebagai musuh kerana Utusan mempunyai sejarah keramat dan kekuatan dalamannya menjatuhkan pemimpin.

PETALING JAYA : Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah menempah maut politiknya lebih awal bagi jawatan yang sedang disandangnya.

Beliau menegaskan, Adnan telah membuat perhitungan yang salah untuk masa depan politiknya apabila menjadikan media sebagai musuh, khususnya Utusan yang mempunyai sejarah kekuatan dalaman menjatuhkan seseorang pemimpin.

Jelasnya, bidasan Menteri Besar Pahang terhadap Utusan dalam satu sidang akhbar baru-baru ini memberi pengertian bahawa beliau telah berkerat rotan dengan akhbar berbahasa Melayu itu yang selama ini banyak mendedahkan kekuatannya berbanding kelemahannya.

“Barangkali beliau memikirkan Utusan tidak lagi berguna baginya, Utusan bukan lagi hak UMNO kerana beliau tidak akan bertanding pada PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang,” tulisnya dalam entri terbaru zamkata.blogspot.com.

Zainuddin menyatakan kejatuhan pemimpin UMNO biasanya bukan kerana tekanan dari luar tetapi dari dalam dan anasir dalaman paling merbahaya adalah Utusan sendiri.

“Sejarah tercatit beberapa orang Menteri Besar dan Menteri telah cuba mempertahankan kedudukan sehingga saat terakhir tanpa mempedulikan isyarat yang diberikan oleh Utusan tetapi terbukti maut juga akhirnya yang terkadang lebih awal dari yang dijangkakan,” tulisnya.

Zainuddin yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu menambah, kejatuhan pemimpin bukan kerana media tetapi kerana pemimpin memberikan senjata kepada media.

“Dalam soal kedudukan Menteri Besar Pahang, nampaknya Adnan yang memberikan keris kepada Utusan,” katanya.

Beliau berpendapat Adnan menyerang Utusan disebabkan pendedahan mengenai pendatang asing di Cameron Highlands dan mahu mengambil tanggungjawab sendiri terhadap masalah yang berlaku di kawasan pelancongan tanah tinggi itu.

“Saya terkejut dan terpegun bila Bisik-Bisik Awang Selamat Mingguan Malaysia minggu lalu telah menghentam Adnan habis-habisan sehingga mengingatkan beliau telah ‘overstayed your welcome’ tetapi apabila membaca pendedahan kecaman melulunya terhadap Utusan maka saya merasakan kewajarannya kerana pulut santan binasa, kerana mulut taraf MBnya tercerca,” ujarnya.

Sumber: FMT

Anjang: Pena lebih tajam dari mata pedang.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *