Noh akan bertemu Najib berhubung isu UMNO Selangor

Kongsikan kepada yang lain
Share

Noh Akan Bertemu Najib Berhubung Isu Umno Selangor

SHAH ALAM, 12 Nov (Bernama) — Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung teguran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Umno Selangor.

Beliau berkata pertemuan itu perlu bagi mendapatkan nasihat daripada Najib selaku presiden Umno untuk memperbaiki kelemahan selain berusaha melakukan penambahbaikan dalam parti.

“Bukan tugas yang mudah menjadi pengerusi Umno, ini bukan jawatan yang glamour … menteri besar (Selangor) itu ya jawatan glamour.

“Buat masa ini saya belum berkesempatan bertemu dengan Datuk Seri Najib, mungkin selepas ini satu pertemuan akan diadakan dengan beliau untuk mendapatkan nasihat apa yang perlu dilakukan bagi perbaiki Umno Selangor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kolokium kepimpinan 2014 di Management and Science University di sini, Rabu.

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Dr Mahathir dalam satu sidang media Selasa terhadap kepimpinan Umno Selangor yang dilihat gagal melaksanakan tugas mereka.

Dr Mahathir sebelum ini turut mengkritik barisan kepimpinan Umno Selangor yang menurut beliau perlu berundur selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) dan PRU13.

“Mengenai itu, Datuk Seri Najib yang akan buat keputusan sama ada kepimpinan Umno Selangor perlu bubar atau tidak … beliau juga yang melantik saya, jadi keputusan itu beliau yang tentukan,” kata Noh.

 

— BERNAMA

 

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “Noh akan bertemu Najib berhubung isu UMNO Selangor

  • November 13, 2014 at 7:57 pm
    Permalink

    Minta maaf Tuan Anjang,

    Bukannya apa, tapi kenapa posting akhir-akhir ni semua hal politik ?

    Bukannya kita tak perlu tau tentang dunia politik, tapi kan biasanya postingnya walaupun tentang politik, tapi Tuan Anjang kan selalu buat ulasan tentang segala sesuatu yang berlaku … ..

    Sorry mencelah … Hee hee hee

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *