Tiada Hadi, tiada DAP

Kongsikan kepada yang lain
Share

Tiada Hadi, tiada DAP

Khairil Ashraf | Nov 12, 14 1:03pm

Beliau berkata, DAP akan menanti sehingga Hadi berkelapangan, sebelum turut hadir ke mesyuarat tersebut.

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) memutuskan untuk tidak datang ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat jika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir.

Roketkini melaporkan, Guan Eng berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan gabungan tiga parti PAS, PKR dan DAP terus bersemangat demi mengembalikan semula kepercayaan pengundi.

“Memandangkan Datuk Seri Abdul Hadi merupakan satu-satunya pemimpin yang boleh membuat keputusan dalam PAS, justeru itu (beliau) perlu hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. DAP akan menunggu sehingga Hadi berkelapangan untuk hadir, sebelum kami turut hadir ke mesyuarat tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, beliau turut menggesa agar Pakatan Rakyat mengembalikan semula kepercayaan dan keyakinan golongan ‘Malaysia pertengahan’ dengan menepati janji dan melaksanakan komitmen terhadap prinsip urus tadbir yang baik, keadilan, kebebasan dan demokrasi.

Sementara itu, mesyuarat CEC semalam mengumumkan untuk mengusulkan pindaan terhadap perlembagaan parti, termasuk cadangan kuota 30 peratus jawatan CEC untuk wanita.

“Ini adalah usaha bersepadu oleh DAP untuk menggalakkan lebih ramai wanita menyertai DAP.

“Ini menunjukkan komitmen kami untuk menambah bilangan pemimpin wanita di Malaysia, terutamanya keterlibatan pemimpin wanita muda,” ujarnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan.

 

Sumber: FMT

Anjang: Adakah ini petanda akan berakhirnya persepakatan pembangkang?

 

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *