***1 masuk, 4 keluar***

Kongsikan kepada yang lain
Share

‎Salam ceria.
Semalam Wak Sunan sampai ke AB. Sampai-sampai terus kerja. Levelkan lantai surau. Pastu bantu pasang tiles. Wak Sunan memang mahir bertukang. Tak tau la dia belajar di mana. Dia guru anjang. Guru semasa di YA Alai Melaka. Guru silat. Adalah beberapa ‘bunga’ dan’buah’ silat yang anjang belajar dari dia tapi semuanya dah lupa. Anjang kalau ada silat pun, orang bukan takut. Badan kecik sangat. Bukan Mat dan Khair je yang tak heran dengan fizikal anjang, Tengku dan Ghazi pun tak takut.

Malam selepas kuliah FA bab solat Jemaah, potong kek sempena ulangtahun kelahiran PZ1 Zon Singapura Brunei. Anjang tukang ‎potong je. Nak makan tak mampu, mengenangkan diabetes yang kadang-kadang tak terkawal ni. Makan lempeng dengan sambal bilis je. Ok la bila bacaan cuma 8.2. Kira boleh la..

Tiba-tiba dapat berita 2 orang tukang dewasa kena hantar ke Australia. Tak sempat buat majlis untuk mereka. Abg Haris SP dan Tabib Zailan pun meninggalkan AB dengan Merc biru tua mata belalang bersama 2 orang lagi yang ada urusan di KL. Moga ada pengganti keduanya kerana mereka sangat membantu dalam memasang ’tiles’ di surau. Kalau dapat Ust Munzir atau En ANAR. Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya.

Usai solat zohor anjang panggil ketua-ketua usrah. Mad, Suhaimi, Akmal, Afdhal, Rofiq dan Mujib. Tanya mereka, pernah tak dibuat usrah ketua-ketua usrah? Dulu semasa anjang belajar, setiap minggu, paling kurang sekali ada usrah ketua-ketua usrah. Lepas tu tanggung jawab ketua pula buat usrah kepada anak-anak buah dia. Cara buat usrah anjang terangkan pada mereka.

Cari masa yang sesuai, berkumpul di tempat yang sesuai. Contohnya selepas zohor atau malam. Berkumpul di‎ surau, atau di wakaf atau di kabin atau di rumah rakit, sampaikan balik pada anak-anak buah, apa yang anjang sampaikan ini. Lepas program usrah, kena ada makan-makan sikit. Alah, makan penderam Pak Umar ke, kirim roti dengan Us Asri, makan roti ke, atau biskut-biskut cicah air. Dulu kami makan roti cicah bubur kacang je. Yang penting ada makan, baru mesra. Contohnya, lepas usrah dengan anjang kita ada makan, makan tengahari ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ. 

Soalan anjang seterusnya, apa tujuan di buat syarikat ni? Dulu disebut jemaah. Apa matlamatnya?‎ Macam-macam jawapan. Anjang. Terangkan pentingnya hablumminallah dan hablumminannas. Hablumminallah boleh dibuat ‎secara berseorangan atau bersama keluarga, tetapi  hablumminannas tak mungkin dibuat kecuali secara beramai-ramai. Nak bangunkan pendidikan Islam, kebudayaan dan hiburan Islam, kilang makanan halal dengan produk yang benar-benar suci, berekonomi dsb perlu dibuat secara beramai-ramai.

Anjang baca kaedah:
‎ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب
Terangkan serba sedikit. Bila ada usrah/kumpulan/syarikat maka ada pemimpin dan pengikut. Pemimpin ada tugas dan tanggung jawab, begitu juga pengikut. Ini kita akan bincangkan dipertemuan akan datang.‎ 

“Kena sampaikan pada anak buah tentang ini, nanti saya nak cek mereka, dah sampai ke belum…”
Kata anjang kepada mereka. Penuh harapan agar mereka bertanggung jawab terhadap amanah ini.

Setiap lepas Maghrib dan Isyak kami bertahlil. Tahlil kampung. Kalau sesiapa nak niat tahlil arwah, boleh ‎hubungi anjang. Lepas Isyak Fardhu Ain. Malam ni bab solat sunat. Lepas kuliah ada jamuan nasi tomato sempena harijadi PZ1 Singapura yang sangat dimuliakan. Moga keberkatannya sampai kepada kami semua.

Akhirnya, anjang nak ucapkan salam kasih sayang, moga panjang umur kepada Tn Nasir dan En Ismail Hashim yang berkongsi tarikh harijadi pada hari ini.

Ya Allah, terimalah amalan kami hari ini dan pimpinlah kami pada hari esok.
Amiiiin….

Kabin Gate AB
11.15pm, Nov 26, 2014

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *