***Rumah Rakit AB***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Di antara keunikan tinggal di Sabah ialah anjang berpeluang ke ‘rumah air’, suatu kehidupan yang anjang tak jumpa di Kg Tengah Bakri Muar. Rumah Air ialah rumah-rumah kayu yang dibina di pergigian pantai. Ada yang dekat dengan tebing. Ada yang jauh ke laut atau muara sungai. Bersambung antara satu dengan lain oleh pelantar kayu, seperti jambatan atau jeti hingga ke daratan. Agak rapat kedudukan rumah-rumah tersebut yang menjadikan mereka saling kenal mengenal kerana bukan sahaja sebahagian mereka dari keluarga yang berdekatan atau satu rumpun bangsa, malah dek kerana hidup berjiran. Setiap orang selalunya akan melalui betul-betul di sebelah tingkap atau pintu rumah jirannya.

Kami adakan program kasih sayang dengan penduduk rumah air. Kuliah dan persembahan nasyid sudah cukup mengikat hati kami dengan remaja dan ibu bapa penghuni rumah air. Ketika itu statistik jenayah agak tinggi di situ. Penyalahgunaan najis dadah berleluasa, begitu juga budaya kuning. Tak tau la sekarang, mungkin telah berubah. Ibu bapalah yang paling gembira bila anak-anak mereka berubah meminati nasyid ketuhanan dan selawat rasul. Tumbuh sedikit kecintaan kepada ilmu Islam. Kalau tak silap, En Norhan yang mulakan, anjang menyambung aja.

Tidak dapat dipastikan betul, sebab apa mereka tinggal di rumah air, Walhal daratan terlalu luas di Sabah. Mungkin setiap orang mempunyai alasan yang berbeza. Ada yang memang tiada tanah, maka mereka bina rumah di situ. Ada juga yang anjang dengar, memang ada rumah seperti ramai orang di daratan tetapi lebih suka tinggal di rumah air. Kedudukan rumah yang berdekatan antara satu sama laindan hampir tiada perancangan pembinaan membuatkan kemusnahannya sukar dielakkan bila berlaku kebakaran.

Di Brunei, anjang sempat pergi ke rumah air yang dibuat secara terancang. Rumah air mereka mempunyai jeti batu dan dihubungkan antara satu dengan lain dengan laluan konkrit. Yang menariknya, mereka mempunyai sistem pengurusan kumbahan yang sistematik di mana seluruh najis dan air kumbahan di salurkan melalui paip pvc besar ke tanah/daratan dan di proses seperti yang sepatutnya. Tidak berlaku, setiap warga rumah membuang air direct ke laut/sungai. Oleh itu pencemaran lebih terkawal. Malah laluan air dengan bot laju dari rumah air ke lain-lain tempat menjadikan kehidupan mereka lebih unik yang akhirnya menjadi satu produk pelancongan.

Di sini, di Air Bintan tiada rumah air seperti di KK atau di Brunei tapi korang boleh tengok rumah rakit. Sebuah rumah kecil mempunyai ruang duduk atau memancing, bilik tidur, tandas (yang diselenggarakan oleh indah water… hehehe ni tipu je), ternakan kupang berskala kecil. Rumah rakit ini terapung bila gelegar-gelegar panjangnya diikat pada tong-tong plastik (biasanya berwarna biru). Ia mempunyai laluan kecil untuk kita meniti disekelilingnya atau duduk memancing sambil berjuntai kaki ke permukaan air.

Korang juga berpeluang mengikut Mad Arab dan Suhaimi memasang bubu ketam yang panjang. Ikan sebagai umpan. Pastikan ada batu pemberat dan pelampung sebagai tanda. Letakkan di lokasi yang… Mad tau le tu. Lubuk ketam kut. insyaAllah boleh dapat ketam dan belangkas. Anjang dah pekena. Sekali Ummu Hamimah masak sambal. Ada sekali, Che Sariah masak lemak. Sodaap ooo korang! Isi dia pergh! Lebih-lebih lagi kalau bulan terang, isi ketam penuh. Tak tau sebab apa? Mungkin bulan terang, ketam mudah cari makan.

Tak pun korang menjala. Bawalah jala sendiri. Boleh tebar dari atas jeti kayu yang baru siap. Jeti terapung hasil usaha En Osman Ahmad. Cantik view dari atas jeti terapung ni. Kalau pandai amik angle ketika snap, korang akan dapat gambar-gambar yang menarik. View la menarik, rupa kita, biasa-biasa je. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ. Ada gambar anjang, Lokman Zabidi yang snap, amatur bergaya pro. Sanggup dia meniarap atas jeti tu untuk snap angle menarik.

Kalau ada rezki, boleh bakar-bakar kerang cuma dah tinggal sikit rasanya. Kena tanya Akmal la, pasai apa tinggal sikit. Akmal mana? Akmal kupang, bukan akmal kambing kerana di sini ada 2 orang Akmal, seorang penjaga kupang, orang panggil ‘Badang’ atau Akmal Kupang. Kalau kupang tinggal sikit, tanya Akmal, apa maksud peribahasa, “Harapkan pagar, pagar makan padi.”

Seorang Akmal lagi di unit pertanian. Jaga kambing, pasal tu kawan-kawan panggil Akmal Kambing. Dato’ Bandar pun panggil ‘Akmal Kambing’. Redha je la Mal. Tapi jaga kambing ni kerja para nabi dan rasul. Selagi Talhah dan Dhia’ tak balik AB, Akmal dan Abu Leith tak akan keluar. Dato’ K dan En Haizad kena segerakan kepulangan mereka ke AB.

Jadi, macam-macam aktiviti boleh dibuat di rumah rakit ini. Sementelahan telah ada bekalan air dan letrik yang disambung dari daratan. Moga dengan kedatangan Zainal dari Rompin, ia dapat diupgredkan. Boleh kita kempen peminat aktiviti memancing untuk menyewanya. Seperti rumah-rumah rakit di sekitarnya. Orang-orang Singapore tentu berminat untuk menyewanya dan melawat ke AB. Menunggang kuda sambil melawat projek pertanian dan peternakan di AB. Makan tengahari nasi panas, ikan pari masak asam pedas, sambal belacan dan ulam raja/tenggek burung yang masih segar baru dipetik. Petang hari menikmati jambu air cicah asam boi sambil menunggu air mendidih di wakaf.

Moga cita-cita untuk menjadikan AB gerbang Islam di selatan menjadi kenyataan. Semoga semua yang masuk mendapat takut Allah dan rindu Rasul. Mengingati Allah di waktu berdiri, duduk dan berbaring. Melihat keindahan ciptaan Allah dari jeti terapung rumah rakit lalu berkata di hati, “Tidak Engkau jadikan semua ini sia-sia,Maha Suci Engkau Ya Allah,maka selamatkan kami dari api neraka.” sambil menitiskan air mata.”

Ampun maaf.
Kabin Gate AB,
4.57am, Dis 21, 2014

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *