Iktibar Dari Banjir 2014

Kongsikan kepada yang lain
Share

B57E7hKCMAEXy2X_edit

Allah Tuhan Yang Maha Agung. Maha Sempurna. Segala sifat-sifat kesempurnaan itulah sifat-sifatNya. Di antara banyak-banyak sifat kesempurnaan Allah sifat Ar Rahman dan Ar Rahimlah yang paling banyak berlaku dalam hidup hamba-hambaNya. Setiap suku detik kita dicurahi dengan nikmat dan rahmat Allah.
Sabda Nabi menceritakan tentang ketentuan Allah sejak azali lagi bahwa:
” إِنَّ رَحْمَتِي سَبَقَتْ غَضَبِي
Sesungguhnya kasih sayangKu mendahului kemarahanKu.

Walaupun begitu, demi mendidik hamba-hambaNya sekali sekala Allah tunjukkan dengan jelas kuasa-Nya. Maka berlakulah gempa bumi, puting beliung, taufan, bah, banjir besar, tsunami, meletusnya gunung berapi dan lain-lain.

Banjir dan hujan yang berlarutan tanpa henti berlaku apabila Allah mahu menunjukkan kuasa mutlakNya kepada hamba-hamba-Nya. Untuk apa? Untuk supaya hamba-hamba semakin kenal Allah. Semakin takut Allah. Semakin merendah diri dengan Tuhan.

Malangnya, tidak ramai yang memberi‘respon’ dengan hati yang tawadhuk. Mengaku bahawa kami perlu takut padakuasa yang membuat arahan kepada hujan untuk turun selebat-lebatnya! Jangan berhenti selagi Allah tidak perintahkan supaya berhenti.

Bukankah Allah itu Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani? Takkan Allah tidak kasihan kepada mangsa-mangsa banjir itu? Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui mengapa banjir sedahsyat itu perlu berlaku?

Ia untuk membuatkan hamba-hamba-Nya dapatkan rasa takut dan gerun dengan kuasa-Nya yang Maha Hebat itu. Bila manusia terdesak, mereka akan mencari Allah! Merayu kepada-Nya. Hingga acara-acara hiburan untuk menyambut tahun baru dibatalkan di seluruh negara dan ditukar dengan program selawat dan solat hajat. Bajet-bajet untuk acara penuh maksiat itu digunakan untuk kebajikan mangsa banjir!

Alangkah berjasanya Allah demi untuk menyelamatkan bumi Malaysia dari dosa dan maksiat di ambang 2015, diciptakan satu bencana yang mengandungi hikmah yang besar di sebalik musibah itu. Allah nak buat hingga hamba-hamba-Nya hilang selera untuk sambut awal tahun 2015 ini dengan pesta hiburan lalu Dia buat kita tukar acara sambutan itu dengan ibadah!

Perlu diingat, Maha Suci Allah dari menzalimi hamba-hambaNya. Sebaliknya kitalah yang menzalimi diri kita sendiri. Mari dapatkan rasa takut dan gerun kepada Allah, patuh pada syariat-Nya, nescaya bencana besar akan berkurangan.

Kepada mangsa-mangsa banjir, kita sama-sama memohon ampun, bertaubat bermati-matian atas segala dosa-dosa kita dengan Allah dan sesama manusia. Dosa paling utama ialah dosa tidak takutkan Allah. Kena dibuat segera di pusat-pusat pelindungan banjir. Hentikan sifat salah menyalahkan kerana ia tidak mendatangkan apa-apa faedah. Kena terima ujian ini dengan penuh sangka baik kepada Tuhan pencipta langit dan bumi. Dia penguasa alam semesta. Jika Allah Mahu, dengan serta merta diarahkan sahaja:
Wahai hujan berhenti, dan bumi telan segera air yang membasahimu agar hamba-hambaKu boleh hidup seperti sediakala.”
Seperti yang berlaku kepada Nabi Nuh AS:
A044

Diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata “Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”. Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu.

Sesungguhnya banjir dan hujan itu hanya berlaku dengan arahan Tuannya. Dia itulah Tuhan Yang Maha Berkuasa! Oleh itu mari kita muhasabah diri atas peristiwa yang dianggap bencana besar ini. Kalau kita bandingkan ia dengan bencana di akhirat, kita akan rasa bencana ini terlalu kecil. Bukan menjadi rahsia lagi, setiap kali sambutan tahun baru diadakan akan ramailah yang terlibat dengan zina, arak dan hiburan yang sangat merosakkan. Sembilan bulan selepas itu, akan banyak pulalah bayi-bayi hasil zina awal tahun dibuang di merata tempat. Amalan jahiliyah berulang kembali. Manusia lupa Allah dan Rasulnya. Demi untuk menyelamatkan manusia dari neraka yang disediakan untuk penzina, peminum arak, mereka yang bergaul bebas menyaksikan konsert-konsert yang melalaikan dan bakalpembunuh bayi-bayi yang tidak berdosa, maka hujan dan banjir diutuskan agar manusia terpaksa tunduk dan mengaku bahawa mahu atau tidak mahu kenalah rapat dan berdamping dengan Allah.

Gugurkanlah airmata penyesalan dan taubat kerana selama ini manusia tidak peduli pun akan kehebatan kuasa Tuhan! Sesungguhnya banjir dan hujan ini membawa isyarat dari Allah seolah-olah Allah berkata:
“Jangan takut kepada banjir, hujan ataupun cuaca, tetapi takutilah Aku! Itu semua tentera-tentera-Ku. Jika Aku berkehendak, Aku boleh kerahkan air yang lebih besar dari ini lagi untuk mengugut kamu! Bukankah Tsunami pernah aku utuskan? Kamu baru saja mengenangkan ulangtahun kejadian itu. Tidak cukupkah lagi? Menagislah wahai hamba-hambaKu. Air mata yang engkau alirkan kerana takutkan Aku itu amat mahal, ia bukan sekadar menghentikan hujan, menyurutkan banjir dan segala azab dunia, ia adalah pemadam api neraka!

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

  • iktibar banjir (34)
  • iktibar banjir 2014 (13)
  • iktibar daripada peristiwa banjir (12)
  • iktibar dari banjir (10)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *