***Ada Udang di sebalik Mi***

Kongsikan kepada yang lain
Share
Udang oh udang! Keluarlah dari sebalik batu...
Udang oh udang! Keluarlah dari sebalik batu…

Salam ceria,

Lepas makan tengahari semalam, Mat Arab minta izin dari anjang untuk menjala udang. Anjang pula bertanya, boleh ke nak ‘join’ sekali. Mat kata ok, anjang terus balik kabin, salin pakaian. Takkan nak menjala udang pakai jubah Khaliji ni… ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ.

Ikan yang menyengat jari Rafiq...
Ikan yang menyengat jari Rafiq…

Ingatkan seorang dua je, rupanya berenam. Si Ajwad pun nak ikut. Jadi Mat, Anjang, Ajwad, Nukman, Rofiq dan Suhaimi naik bot dari rumah rakit ke muara anak sungai. Bukan jauh sangat pun, dalam 2 minit dah sampai. Tapi susah kalau nak pergi jalan darat sbb kena menyusur pantai berselut yang penuh dengan akar-akar pokok bakau.

Semasa air pasang, anak sungai itu akan dipenuhi air masin dari kuala sungai. Bila air surut, tinggallah anak sungai kecil, pantai berpasir dan tanah selut. Bot yang kami parking, asalnya di gigi air, bila air surut dah terdampar di atas pasir. Ketika air surut beginilah berkumpulnya udang-udang di anak sungai yang cetek ini. Menurut Mat, dulu mereka je yang selalu menjala udang di situ. Tapi sekarang dah ramai orang tau lubuk itu. Ketika kami sampai pun dah ada 3 orang Indon menjala udang di situ.

Awal ‘bismillah’ mengutip hasil, Rofik dah terkena sengatan ikan berbisa. Kecik je ikannya tapi bisanya berdenyut-denyut, Allah sahaja yang tahu. Kata Mat, hatta kalau dah mati sekalipun, jika kita terkena, tetap kuat bisanya.

Petang: Ada udang di sebalik batu. Malam: Ada udang di sebalik Bi Hoon
Petang: Ada udang di sebalik batu. Malam: Ada udang di sebalik Bi Hoon

Semakin petang, hasilnya semakin banyak. Ada orang menjala udang untuk dijual sebagai umpan. Penjual umpan udang hidup akan membayar 20 sen setiap udang hidup sebarang saiz. Dia pula menjualnya kepada kaki pancing dengan harga 50 sen per ekor. Fuuhh! Mahal tu. Tapi kami menjala untuk makan. Beri pada dapur bandar. Masuk dalam bi hoon goreng. Ok la, layaaaan!

Mat tebar jala, kami tolong kutip hasilnya. Mat sanggup jual hpnya untuk membeli jala udang yang kecil matanya berharga RM290. Barulah sedap menebar. Suhaimi tebar guna jala mata besar, tak lekat udang. Bolehlah sembilang dan belanak.

Yang syok tu bila petang, kita boleh tangkap je udang-udang tu guna tangan di celah-celah batu. “Ada udang di balik batu.” satu pepatah Melayu lama yang popular. Setelah puas mengutip udang di situ, kami beransur pulang bila semakin ramai pekerja-pekerja Indonesia datang menangkap udang dan memasang pukat di situ. Hasil kami banyak ke? Tak la banyak sangat, tapi bolehla dicampur dalam bi hoon goreng malam ni.

Tangkap udang guna tangan je! Pergh!! Kalau le bawak penyauk...
Tangkap udang guna tangan je! Pergh!! Kalau le bawak penyauk…

Terima kasih Allah.

Kabin Gate AB.
11pm-12.30am, Dis 5, 2015

Maaf, tak nampak sangat uangnya sebab ada sotong sudah keluarkan dakwatnya.
Maaf, tak nampak sangat uangnya sebab ada sotong sudah keluarkan dakwatnya.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

3 thoughts on “***Ada Udang di sebalik Mi***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *