***Fardhu Kifayah***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Dosa walaupun dosa kecil balasannya neraka. Itulah keadilan Tuhan. Baik dibalas baik. Jahat dibalas jahat. Sebab itu kita sangat perlukan keampunan sebelum lain-lain keperluan. Permintaan pertama dalam doa diantara dua sujud yang kita baca paling kurang sebanyak 17 kali setiap hari di dalam solat fardhu dimulakan dengan: رب اغفرلي
Wahai Tuhan, ampunkan aku
Mendahului 7 hajat yang lain, betapa kita sangat memerlukan keampunan Tuhan lebih dari kesihatan, kekayaan, ilmu pengetahuan dan lain-lain.

Melakukan yang haram berdosa. Meninggalkan yang wajib, juga berdosa. Tidak laksanakan Fardhu Ain berdosa. Tak bangunkan Fardhu Kifayah juga berdosa. Lumrahnya orang yang tidak laksanakan tuntutan Fardhu Ain, jika dia pernah belajar, dia akan rasa bersalah. Dia rasa berdosa. Contohnya seseorang muslim meninggalkan solat fardhu, akan datang rasa-rasa bersalah di hatinya. Maka berkemungkinan dia akan bertaubat. Moga Allah ampunkan dosanya.

Tetapi malangnya, tidak ramai yang rasa bersalah dan berdosa jika tidak bangunkan Fardhu Kifayah. Kalau dia tidak rasa berdosa, bagaimana dia akan memohon keampunan. Jika Allah tidak ampunkan dosanya, balasannya adalah neraka. Panas di dunia pun kita tidak mampu, betapa lagi panas di sana. Lapar di dunia pun kita tak larat, betapa lagi lapar di sana.

Inilah yang menjadi dilema kepada kita umat Islam. Kurang prihatin terhadap persoalan Fardhu Kifayah. Tak rasa bersalah tidak membangunkan tuntutan Fardhu Kifayah. Tak rasa berdosa membiarkan umat Islam bergantung pada bukan Islam dalam keperluan kehidupan mereka.

Contoh yang ingin saya bawakan di sini ialah produk makanan halal dan suci khususnya mi kuning. Saya telah bertanya kepada ramai orang, jawapannya sama: “Tiada kilang mi kuning orang Islam di daerah Kota Tinggi, Johor” (sila betulkan maklumat saya jika salah) Maka membangunkan satu kilang mi kuning di daerah Kota Tinggi adalah fardhu kifayah kepada semua penduduk muslim Kota Tinggi yang mukallaf. Tidak membangunkan kilang mi kuning di daerah ini akan menyebabkan semua penduduk Islam di sini berdosa. Membiarkan orang Islam memakan mi kuning yang bukan produk hasil tangan umat Islam adalah satu penghinaan kepada agama.

Maka menyokong usaha-usaha membangunkan sebuah kilang mi kuning orang Islam adalah wajib dan sangat mulia. Oleh kerana itulah GISB Holdings Sdn Bhd mengambil inisiatif mengusahakan kilang mi kuning di daerah Kota Tinggi semata-mata atas tuntutan fardhu kifayah.

Bertempat di Kg Air Bintan, Ladang Sg Papan, Bandar Penawar, Kota Tinggi sedang dibangunkan sebuah kilang mi kuning demi menyelesaikan tuntutan fardhu kifayah umat Islam di sini. Segala sokongan semua pihak sangat dialu-alukan memandangkan ia adalah untuk kepentingan bersama. Lebih-lebih lagi margin keuntungan perniagaan ini amat kecil kalau dinilai dengan wang ringgit. Tetapi jika dinilai dari sudut ukhrawi, ia adalah suatu jihad. Perjuangan hidup mati untuk membela umat Islam dunia dan akhirat.

Hinanya umat Islam, kalau mi goreng mamak, laksa Johor, mi rebus, mi bandung, mi Jawa, mi sup, mi rojak dll yang disuap ke mulutnya, di sudukan ke mulut anak-anak dan isterinya dikeluarkan dari kilang-kilang orang kafir.

Lebih-lebih lagi terhina umat Islam di Akhirat kelak bila berdepan dengan Allah, bila ditanya;
“Mengapakah kamu makan dan memberi makan keluargamu makanan yang haram dan syubhah sedangkan kamu ada kemampuan membangunkan perusahaan makanan halal?!”

Maka sebelum kita dipersalahkan di akhirat, dihina dengan azab yang maha dahsyat marilah kita berganding bahu membantu menyelesaikan persoalan fardhu kifayah ini.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
وَقُلْ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan katakanlah: “Beramallah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu amalkan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia (Allah) akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah amalkan.” [at-Taubah 9:105]

Allah bukan suruh bercakap sahaja, menyampaikan pesan sahaja, berceramah sahaja walaupun ianya juga dituntut tetapi Allah menyuruh kita berbuat. Islam itu sesuatu yang realiti. Ia perbuatan. Ia amalan. Solat, puasa, zakat dan haji adalah rukun-rukun Islam. Semuanya nampak. Realiti. Amalan. Bukan cakap semata-mata. Marilah kita beramal dan berbuat, syiar Islam akan terserlah. Umat Islam akan lebih mulia dan berwibawa. Yang penting, moga-moga kita selamat di mahkamah Robbul Jalil di hadapan Allah kelak di akhirat.

Ampun maaf.
Kabin Gate AB,
9.42pm, Jan 8, 2014

Whatapp: 019-4154187

Mi diproses di tapak kilang sementara
Mi diproses di tapak kilang sementara

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

  • whatappmati com (14)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *