***Kelapa Mataq di Pasar Tani Felda Adela***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Pagi Sabtu keluar dengan En Wahab ke Felda Adela. Nak tinjau Pasar Tani. Anjang nak beli benih kelapa Mataq. Dalam 3 minggu lepas anjang sempat singgah sebuah gerai di tepi jalan berhadapan UPSI di Tg Malim, beli beberapa anak kelapa. Bajet tak ‘kencang’ sangat. Dapatlah 2 anak kelapa Mawar, 1 kelapa Bukit dan 1 kelapa Telinga Kambing. Tak tau la sebab apa dinamakan kelapa ‘Telinga Kambing’. Masa singgah rumah Mak di Kg Tengah pula (lepas ni susah nak singgah, Mak dan Abah dah pindah huhu), mintak dengan Mak benih. Dapatlah 8 benih kelapa Mawar, 2 benih kelapa Gading.

Pekan kecil Adela ni agak meriah kerana adalah pekan pertemuan 3 Felda. Tanah Rancangan Adela, Tunggal dan Sening. Pegi guna GL la sebab jalan tak becak. Dah banyak hari tak hujan. GL anjang bawa ni dah gunakan separuh lasak. Macam 4WD. Sebab duduk di sini. Tanah GISB ni di belakang Ladang Sawit, bertanah merah. Musim hujan, tanah licin berlumpur. Bila panas, tanah keras berdebu. Side mirror pun dah terkulai dek terhentak-hentak. Melatih kita supaya pandai sabar bila diuji dan tahu bersyukur bila Allah beri jalanraya cantik nanti… Amin.

Yes!! Hari ni ada peniaga benih-benih pokok dan yang penting ada kelapa Mataq. En Izat namanya. Bekerja di Mardi tetapi hari Sabtu berniaga sendiri. Menurutnya, kelapa Mataq ni Mardi dah tak buat. Susah nak cari. Dia sendiri ambil dari Bagan Datoh dan Pagoh. Selain anak pokok kelapa, banyak lagi anak-anak pokok yang dia jual. Ada stevia, belimbing buluh, petai, pokok ajaib, durian Musang King, durian Belanda, delima, longan, limau nipis, limau kasturi dll. Kalau bajet power, memang dah borong macam-macam. Kita nak jadikan AB itu sebuah Resort Islam. Agrotourism. Pakat-pakat tanam pokok bagi mengindahkan kawasan. Disamping mendapat hasil jangka panjang. Sabda Rasulullah yang mafhumnya, Apabila berlaku hari kiamat sedangkan di tangan salah seorang dari kamu ada benih pokok, maka semai/tanamlah! Cuba korang perhatikan, seriusnya tuntutan untuk beramal dan bidang pertanian dijadikan contoh oleh baginda. Cakap kosong tak guna, siapa nak amalkan hadis sila bawa benih pokok ke sini atau bank in duit pada En Wahab supaya dia beli di sini… kita tanam, mudah-mudahan ada pahala jariah.

Kata En Izat lagi, tanam kelapa Mataq menguntungkan sebab boleh jual sebagai kelapa muda untuk minum dan bila tua boleh diambil santan. Ertinya muda pun ada harga, tua pun ada nilai. Kalau kelapa Pandan, hanya ada harga sebagai kelapa muda. Tak ada santan. Kalau ada, sikit sangat. Setelah asingkan anak-anak pokok yang kami pilih, apa lagi… pekena roti canai dan lontong dulu.

Pasar Tani di sini tak terlalu besar tetapi meriah. Kebanyakan gerai menjual sarapan dari pelbagai jenis nasi dan mi bungkus dengan harga RM1-RM3, kuih muih tradisional seperti bingka ubi, koci, karipap, pau, keria dll hinggalah yang moden-moden, entah apa nama… ada nova-nova gitu. Ubi kayu, keledek, keladi dan lain-lain hasil kampung pun ada.

En Wahab beli anak durian. Musang King. Pergh! Bila boleh dapat makan hasilnya?… En Izat yang dah ziarah AB tu hadiahkan kami anak pokok belimbing buluh dan pokok nangka. Alhamdulillah. Lepas beli BH, Kosmo dan Sinar kami balik ke AB. Anjang nak prepare untuk keluar ke Kluang.

Sori, lambat kongsi…

Bandar Universiti, Tronoh.
10.09am, Jan 20, 2015

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *