***Berjalanlah di muka bumi dan lihatlah balasan orang-orang yang mendustakan Allah***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Di Kluang, berpeluang jumpa Tn Nik. Dapatlah beberapa tips hidup berpoligami. Lain isteri, lain wataknya. Lain pula cara pendekatannya. Kena belajar dengan ramai orang. Kena ambil keberkatannya. Malamnya pula, anjang sertai program Makan Malam Amal di Dewan Pekan Rabu. Tetapi. Meminta izin untuk bergerak awal memandangkan perjalanan masih jauh. Jam 10.30pm anjang dan Akmal bersalaman dengan Tn Nik dan lain-lain untuk menyambung safar.

Masuk highway PLUS, pastu keluar ke jalan biasa di exit Yong Peng Utara. Nak jimat tol. Lalu Parit Yani, Parit Sulong… naik parit, turun parit hingga sampai ke Bakri. Pastu teruskan perjalanan guna highway AMJ (Alor Gajah – Melaka – Jasin). 10 tahun lepas, 20 tahun lepas, 30, 40, 50 tahun yang lalu, apa yang korang tahu peristiwa yang berlaku di sepanjang jalan ini. Mari kita baca Wikipedia.

Pertempuran Muar

Pertempuran Muar adalah satu pertempuran yang berlaku di Muar semasa perang Dunia II di antara pasukan Tentera Australia dengan pasukan Tentera Jepun. Pertempuran ini adalah sebahagian daripada siri pertempuran-pertempuran semasa penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Pertempuran Muar juga merupakan pertempuran besar terakhir semasa Kempen Malaya. Ia berlangsung antara 14 Januari hingga 22 Januari 1942 sekitar Jambatan Gemensah dan di Sungai Muar.

Tentera pasukan Berikat, di bawah pemerintahan Mejar Jeneral Gordon Bennett, menyebabkan kehilangan jiwa yang teruk kepada pasukan Empayar Jepun. Pasukan Division Australia ke-8 membunuh lebih dari 700 tentera dari Division Pengawal Imperial Jepun dalam serangan hendap di jambatan ini.

Ini merupakan pertempuran pertama antara pasukan Jepun dan Australia dalam Pertempuran Malaya.

Brigade Infantri ke-53 juga merupakan unit Britain pertama dan yang tunggal dari Division ke-18 yang bertempur dengan Jepun di Malaya.

Persediaan

Serangan hendap ini diperintah oleh ketua Komander Malaya, arahan Leftenan Jeneral Arthur Percival sendiri; dia merasakan bahawa serangan hendap merupakan cara bagi memerangi Jepun.Pasukan pelbagai negara di bawah pimpinan Bennett, nama kod Westforce, ditetapkan bagi mempertahankan Muar.

Westforce mengambil kedudukan, melindungi sempadan dari gunung ke persisiran Selat melaka. Terdapat dua kawasan utama, dan keduanya dipecahkan lagi kepada sektor, yang jauh terpisah dan kebanyakannya disambung antaranya dengan komunikasi yang kurang baik.

Kawasan pertama adalah sekitar jalan utama dan landasan kereta api berhampiran Segamat.

Tiga subsektor adalah:

(a) Kedua belah jalan dan landasan berhampiran Gemas. Disini, Brigade India ke-8 mempuat kubu pertahanan.

(b) Lebih di hadapan pada jalan yang sama, Brigade Australia ke-27. Mereka bertanggung jawab bagi peranan menyerang balas, dan telah bersedia serangan hendap beberapa batu di hadapan.

(c) Di sebelah kiri Brigad India ke-22 ditugaskan bagi mengawal laluan ke Segamat dari Melaka, yang mengelilingi kedua sisi Gunung Ledang.

Sarjen Charles Parsons dan kaki tangan meriamnya dengan meriam 2 paun (Ordnance QF 2 pounder).
Sarjen Charles Parsons dan kaki tangan meriamnya dengan meriam 2 paun (Ordnance QF 2 pounder).

Sarjen Charles Parsons dan kaki tangan meriamnya dengan meriam 2 paun (Ordnance QF 2 pounder). Mereka berjaya memusnahkan enam kereta kebal Jepun dari kedudukan ini.

Kawasan kedua adalah yang menyelitupi Persisiran Timur dan jalan selari dengannya sehingga Selat Johor. Ini mempunyai dua sektor, sebenarnya selaras dengan tempat pertama tetapi mempunyai perhubungan kurang baik. Pertahanan kawasan ini diberikan kepada Brigade India ke-45, disokong oleh satu bateri artileri lapangan. Ia termasuk pelabuhan Muar, dan menjulur 30 batu ke hutan ke arah Segamat, sepanjang sungai Muar yang berliku-liku, yang tebingnya dipenuhi tumbuhan tebal. Di atas perintah Jeneral Benett, dua dari batalion itu diletakkan sepanjang baris sungai, yang memisahkan mereka, sementara yang ketiga bertindak sebagai simpanan aktif di persisiran pantai.

Sekumpulan dari Batalion Australia 2/30 berkubu dan menyembunyikan diri mereka di sebelah Jambatan Gemensah, yang menyemberangi sungai, sebagai sebahagian serangan hendap.Jambatan itu sendiri telah dipasang letupan, dan satu bateri artileri lapangan menduduki kawasan tanah tinggi di belakang infantry dari mana ia dapat mengawal kemaraan musuh mendekati jambatan. Batalion ini, yang paling banyak berjaya membunuh musuh di bawah pemerintahan Leftenan Kolonel Frederick Galleghan, digelar Black Jack.

Pertempuran Jambatan Gemensah

Serangan hendap itu berlaku sekitar 4 petang pada 11 Januari, ketika pegawal hadapan musuh mara dengan menunggang basikal. Mereka mendayung menyeberangi jambatan, melepasi kawasan serangan hendap, dan melepasinya. Kemudian lalu perbarisan Jepun utama, beratus orang, juga berbasikal dan diikuti dengan kereta kebal dan lori jurutera. Pada ketika ini, jambatan itu diletupkan, dan kayu, basikal dan mayat berterbangan ke udara, sementara dari denai serangan hendap dan perangkap anti-kereta kebal lebih di hadapan melepaskan tembakan yang sengit, menumbangkan musuh disepanjang tepi jalan.

Kehilangan jiwa terus berlaku dikalangan barisan Jepun yang diserang hendap. Bagaimanapun, sebahagian musuh yang melalui kawasan serangan hendap menjumpai kabel telepon lapangan tersembunyi dalam semak samun di tepi hutan yang menyusur sampai ke kedudukan meriam, dan terus memotongnya. Oleh itu artileri sahabat tidak menerima isyarat dan tidak terbabit dalam pertempuran sama sekali.

Pengawal Imperial kemudian menerima sokongan artileri. Bagaimanapun, kebanyakan peluru meriam sebaliknya menghujani jambatan, di mana orang mereka sendiri sedang dibunuh oleh pihak Australia, yang menambahkan bilangan kematian (Mana-mana tentera Jepun yang tidak mampu berbaris atau berjuang tidak dipedulikan oleh Tentera Imperial lebih dari apa yang diberikan mereka kepada musuh yang tercedera atau tahanan perang). Pasukan penyerang hendap Australia telah mengakibatkan kemalangan jiwa yang besar terhadap tentera Jepun, dan dengan itu mereka berundur dalam beberapa kumpulan pada petang yang sama dan menjelang hari berikutnya menyertai batalion mereka di kedudukan berhampiran Gemas. Mereka kehilangan jiwa 8 orang dan 80 orang lagi tercedera.

Pertempuran di bandar Muar

Jeti menyeberang feri Muar, di mana Brogade India ke-45 ditempatkan sepanjang 24 batu sepanjang sungai dengan pecahan (‘’detachments’’) di hadapan sungai, bagi melindungi jalan persisiran utama di Muar dari kemaraan Division Pengawal Imperial.

Pada pagi 15 Januari, kapal terbang Jepun mula tiba dan mula mengebom junam tentera Australia, dan juga Bandar Gemas itu sendiri. Menjelang 10 pagi infantry musuh telah bertembung dengan barisan pertahan, dan sepanjang hari mereka disokong oleh jumlah kereta kebal yang meningkat. (‘’Sapper’’) Jepun tidak membuang masa, dengan membaiki Jambatan Gemensah yang telah dimusnahkan.

Tentera Australia terus mematahkan serangan, menjadikan salah satu darinya menjadi kelam kabut dengan serangan balas yang kental. Tetapi pasukan tambahan Jepun kini bergerak masuk dengan berterusan. Menjelang ketibaan malam, Lt. Kol. Galleghan mengundurkan batalionnya sepanjang jalan Gemas-Segamat. Mereka telahpun menyebabkan kemalangan jiwa yang besar berbanding yang dialami mereka. Pengunduran tidak dalam keadaan mampu menganggu musuh, dan bagi hari berikutnya kesunyian melanda kawasan Segamat.

Pada malam yang sama, tentera Jepun menawan beberapa tongkang yang berlabuh di sebelah tebing selatan sungai Muar dan menundanya kehilir untuk mengepung Bandar Muar dan satu-satunya batalion simpanan. Tongkang rata dan tongkang belayar menyeberangi kuala tanpa menerima tentangan kecuali pertempuran dengan peronda India yang berundur selepas pertempuran ringkas. Pasukan peronda tidak pernah memberitahu Ibu Pejabat bahawa tentera Jepun berada di tebing Selatan. Apabila pagi menjelang, pasukan pintasan Jepun mengejutkan kompeni Rifle Rajputana ke-7/6, dan mengundurkan mereka. Menjelang tengah hari, mereka menyerang dari arah hilir bandar Muar dan memutuskan talian komunikasi garison dengan batalion simpanannya, yang terletak berhampiran Bakri, di jalan utama selatan bandar Muar.

Pada 15 Januari 1942, Briged ke-45 India yang bertahan di garis pertahanan di Sungai Muar telah bertempur dengan pasukan elit Jepun dari Divisyen Pengawal Imperial (Imperial Guards Division) . Oleh kerana Briged ke-45 India dilihat lemah, Gordon Bennett, pemerintah Divisyen ke-8 Australia menugaskan dua batalion infantri askar Australia (Batalion 2/29 dan Batalion 2/19) dari Divisyen tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pertahanan Briged ke-45 India.

Briged ke-45 India dipaksa berundur ke arah Bakri, di mana anggota dari batalion 2/29 infantri Australia dan anggota dari Rejimen ke-4 Anti-Kereta Kebal ditempatkan sebagai pasukan penghalang di Bakri. Pasukan tentera Jepun lolos benteng pertahanan di antara Batalion 2/29 dan Batalion 2/19 di Bakri. Batalion 2/29 terpaksa berjuang untuk mengundurkan diri kembali ke Bakri.

Pasukan Australia itu bertahan untuk membolehkan askar-askar India melarikan diri dari kepungan askar Jepun, tetapi askar-askar India itu diserang hebat oleh pasukan darat dan pasukan udara Jepun. Hampir kesemua pegawai turus Briged ke-45 India terbunuh ataupun cedera apabila markas mereka terkena bedilan bom.

Di Bandar Muar itu sendiri, cubaan tentera Jepun bagi mendarat dan merampas pelabuhan dipatahkan oleh artileri Australia, yang menembak kearah tongkang rata dan tongkang ketika mereka cuba menyeberang kuala. Menjelang lewat petang tentera Jepun yang telahpun menyeberang di hulu, menyerbu Bandar Muar dan menawan ibu pejabat garison, membunuh semua pegawai di dalamnya.

Menjelang senja 16 Januari, Bandar dan pelabuhan Muar jatuh ketangan musuh. Baki garison berundur beberapa batu kepersisiran sejauh Parit Jawa. Pasukan serangan hendap musuh kemudian ditempatkan bagi mematahkan sebarang seranganbalas pihak berikat, pada masa yang sama meneruskan kemaraan mereka kearah Bakri, Parit Sulong dan Batu Pahat.

Pengepungan Bakri

Bersambung…..

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *