***Milad Syeikh Nizam***

Kongsikan kepada yang lain
Share
Moga kita bertemu kembali di suatu hari nanti... Doakan kami di sini.
Moga kita bertemu kembali di suatu hari nanti… Doakan kami di sini.

Salam ceria.
Semalam 21hb Jan 2015. Rutin hidup pejuang tetap macam biasa 7773. Selagi tak capai 7773, selagi itu tetap ada rasa terkilan di hati. Bimbang akan keadilan Tuhan yang menghukum. Cukup syarat, teruslah kamu memperjuangkan agama ini. Kalau tak cukup syarat, bimbang akan ada ujian yang datang yang akan menyingkir diri ini umpama satu filter yang menyingkirkan bendasing, habuk, karat dan segala kotoran yang hanya menidakkan kesucian dan kejernihan air yang terus mengalir.

Atau umpama hampas-hampas padi yang beterbangan ditiup angin ketika ditampi. Terbang entah ke mana. Tidak dikenali lagi sebagai pejuang. Mungkin hanya sebagai peniaga, guru, bapa yang mencari rezki untuk survivalkeluarga, suami yang sibuk berlaku adil kepada 2 isteri. Tetapi tidak sekali-kali disebut sebagai pejuang di dalam Kamus Perjuangan.

Apa istimewanya hari semalam? Istimewalah sangaatt!!! Tapi dek kerana anjang kurang kuat ingatan untuk menhafaz tarikh-tarikh, maka perlu untuk diberi ingatan. Semalam adalah tarikh ulangtahun kelahiran Syh Nizam. Pejuang yang telah terbukti hidup matinya untuk Islam. Allahu Akbar! Beliau guruku. Pemimpinku. Kukucup dahinya ketika hampir diusung pergi. Kuiringi jenazahnya hingga ke perkuburan. Kuharap suatu hari nanti dapat bertemunya kembali.

Begitu juga kawan-kawanku yang telah pergi dahulu. Tn Nasar yang jelas hidup mati untuk Islam. Tak pernah merajuk dari perjuangan agama Allah walaupun tiada habuan duniawi. Moga tangannya di sambut oleh Rasulullah SAW di sana sesuai dengan jasanya menyusun buku Catatan Sejarah Rasulullah SAW.

Juga Syh Zamri yang meninggalkan alam yang fana’ ini, di tanah suci Mekah. Sanggup berjauhan dari keluarga kerana memilih Allah dan Rasul lebih dari segala-galanya. Lalu pergi bersama kecintaannya. Dimaqamkan di perkuburan Ma’la, di Mekah. Allah muliakan Syh Zamri…

Ya Allah! Kumpulkan kami di suatu hari nanti bersama-sama mereka! Amin.

Sesiapa yang ada pengalaman manis atau yang memberi pengajaran ketika bersama Syh Nizam, mohon kongsikan di sini. Kami semua nak mendengarnya. Nak baca untuk menambah kerinduan kepada Rasulullah. Mereka adalah orang-orang Allah. Orang-orang Rasulullah. Hidup dan mati untuk Allah dan Rasul.

Wisma GISB Muar,
5.38am, Jan 22, 2015

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *