***Siapa ‘Otai’ Kilang Pemerosesan Mi Kuning?***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.Sampai di parking lot GISB Holdings SP lebih kurang jam 4am. Suruh Akmal balik ke rumahnya. Lepas Subuh baru tahu, ayahnya Us Ramlan Long balik kampung. Tiada di rumah. Subuh tu anjang berjemaah di surau bangunan baru yang rekaan binaannya diambil sebahagiannya dari Masjid Al-Aqsa. Korang dah sampai ke Palestin. Dah solat di masjid Al-Aqsa?

Alhamdulillah anjang dah menziarahinya kalau tak silap pada tahun 1997. Bersolat di dalamnya. Menziarahi Qubbatus Sohra’, Bait Lahm (tempat kelahiran Nabi Isa AS), Masjid Nabi Ibrahim di Khalil (Hebron). Tapi Ahad lepas bukan ke Quds, cuma ke Sg Penchala (SP).

Lepas Subuh, Pak Din memicit-micit badan dan kaki anjang. Sambil berbual beberapa topik. Anjang hilang rasa mengantuk dan letih bila dapat cerita-cerita lama. Abg Din/Pak Din ni tukang yang mahir. Selama ni tak berpeluang bersembang. Bila anjang tanya, sejak bila pandai memicit/urut. Rupanya dia dari keluarga yang pandai mengurut. Abang kepada Tabib Rashid. Bapa saudara Alongikri.

Menurut Pak Din, semasa di Melaka dia sempat mengendalikan kilang mi kuning. Sebenarnya orang yang benar-benar ikut kursus memproses mi kuning ini Tn Nasir, beliau yang kendalikan kilang mi kuning di Wisma Arqam di Alai. Tetapi bila beliau dipanggil untuk menjadi driver dan PA almarhum Ust Ashaari di SP. Oh rupanya otai (old timer) kilang mi kuning ni Tn Nasir. Ya Allah, berkat Tn Nasir, segera siapkan kilang mi di AB. Siapkan orangnya. Siapkan En Saadun, Isa, Suhaimi, Us Sham, Nukman, Muizuddin dll.

"Sebenarnya orang awal yang kendalikan kilang mi dalam syarikat adalah Tn Nasir di Alai, Melaka." Pak Din.
“Sebenarnya orang awal yang kendalikan kilang mi dalam syarikat adalah Tn Nasir di Alai, Melaka.” Pak Din.

Banyak lagi cerita dari Abg Din tentang kilang mi. Kena mengadap dia la. Tn Rahman ajak bersarapan di rumahnya. Dapatlah rezki makan roti dan produk GISB SP. Bersama orang lama Syarikat. Tn Abd Rahman yang telah melewati 70 tahun umurnya, lebih 40 tahun dalam syarikat tetapi masih tetap setia. Moga keberkatan beliau kita peroleh. Bersama-samanya En Yusof, En Razak Felcra dan Abg Din. Selesai sarapan anjang jenguk Ekhwan Catering yang ada pameran perkahwinan hari itu.

"Ada orang bertugas lama dalam syarikat tanpa faham halatuju syarikat, akhirnya menggunakan syarikat untuk kerja peribadi," Tn Rahman.
“Ada orang bertugas lama dalam syarikat tanpa faham halatuju syarikat, akhirnya menggunakan syarikat untuk kerja peribadi,” Tn Rahman.

Ok… kita sambung kisah perang dunia ke II di Muar.

Pengepungan Bakri

.Satu dari kereta kebal Jepun Ha-Go yang dimusnahkan oleh tembakan anti-kereta kebal di jalan Muar-Parit Sulong.
.Satu dari kereta kebal Jepun Ha-Go yang dimusnahkan oleh tembakan anti-kereta kebal di jalan Muar-Parit Sulong.

Pada 17 Januari, Briged India ke- 45 yang masih mentah, bersama Division Australia ke-8, Batalion ke-2/19 dan 2/29 berkhidmat sebagai sokongan, di hantar bagi menawan semula Muar. Mereka berkumpul sekitar Bakri dan mengatur baris pertahanan sempadan kasar mengelilinginya. Komander mereka, Herbert Duncan, merancang kemaraan serampang mata tiga dari situ ke Muar; melalui jalan utama antara bandar, hutan, dan sepanjang jalan persisiran. Serangan tersebut menjadi salah sebelum ia dilancarkan. Brigade tersebut terserempak dengan pasukan serang hendap Jepun, dan serangan balas itu dibatalkan. Pada hari berikutnya, Jeneral Nishimura memerintah serang tiga penjurunya sendiri terhadap Bakri, dan menjelang waktu petang pihak Jepun telah berada di jalan utama, hampir mengepung brigade tersebut.

Batalion Norfolk ke-6 dari Brigade British ke-53, yang ditugaskan untuk mempertahankan rabung sekitar 5 batu ke Barat Yong Peng, bimbang mereka akan ditawan atau dihapuskan dalam kawasan yang hampir dikepung. Pada awal petang 19 Januari, pasukan penjarah Jepun menyerang dan mengundurkan mereka dari rabung tersebut. Pihak British berundur melalui hutan tebal ke puncak rabung utara. Pasukan Norfolks gagal memaklumkan ibu pejabat kedudukan mereka kerana ketiadaan wireless.

Pada subuh keesokan harinya, pasukan Punjabi 3/16 diperintahkan bagi menawan rabung itu kembali. Ketika mereka tiba ke sana, mereka ditembak oleh pasukan Norfolks, yang menyangka mereka adalah musuh. Setelah mengalami korban di kedua belah, ia dapat diselesaikan. Tetapi sebelum pertahanan sempurna dapat diuruskan, tentera Jepun telah mara dan mengundurkan kedua tentera British dan India turun dari bukit

Rekrut tentera India muda lemah. Mereka tidak tahu walaupun untuk berlindung, dan tidak terdapat cukup pegawai bagi mengawal mereka. Saya katakana ini bukannya berniat menghina. Ia adalah hukuman bertahun lewa untuk perperangan yang tiba mengejut.— Lieutenant General Arthur Percival”

Sementara, General Duncan terbunuh ketika memimpin serangan balas bayonet, dan dengan kematiannya, Kolonel Charles Anderson mengambil alih pimpinan Brigade ke- 45.

Awal pagi 20 Januari, mereka mula berbaris keluar dari Bakri kearah Yong Peng. Dalam jarak sebatu sahaja, mereka tersekat oleh halangan jalan. Beberapa usaha melepasinya gagal, sehingga serbuan bayonet dipimpin oleh Kolonel Anderson berjaya.
Lebih banyak sekatan jalan diharungi oleh brigade India. Menjelang senja, selepas bertungkus-lumus setiap jam siang, barisan itu hanya melepasi jarak sekitar tiga batu. Lt. Col. Anderson memberi amaran bahawa tidak ada masa untuk berehat malam itu dan memerintah perbarisan diteruskan. Brigade itu bagaimanapun telah sampai ketepi kawasan terbuka dan laluan lebih mudah, sungguhpun barisan itu dipenuhi dengan mereka yang tercedera.

Pertempuran di Parit Sulong

Jambatan Perit Sulong pada 1963, di mana tentera Australia berjuang pada peringkat akhir Pertempuran Muar menentang pasukan Jepun yang lebih besar. Jambatan ini dimusnahkan pada tahun 1994 dan digantikan dengan jambatan baharu pada tahun 1997.
Jambatan Perit Sulong pada 1963, di mana tentera Australia berjuang pada peringkat akhir Pertempuran Muar menentang pasukan Jepun yang lebih besar. Jambatan ini dimusnahkan pada tahun 1994 dan digantikan dengan jambatan baharu pada tahun 1997.

Pegawai Pemerintah batalion 2/19 Infantri Australia, Leftenan Kolonel Charles Anderson mengambil alih tampuk pimpinan dan mengarahkan semua askar berundur secra teratur ke Parit Sulong. Di sana, Pertempuran Parit Sulong berlaku, melibatkan pertempuran hebat di antara pasukan askar Australia dan askar Jepun.
Sementara Leftenan Kolonel Charles Anderson menunggu kemunculan sebuah unit Tentera India yang hilang, pasukan askar Australia bertembung dengan askar Jepun dari arah depan dan dari arah belakang. Kedudukan mereka terkepung, dan Leftenan Kolonel Charles Anderson mengarahkan pasukan Australia itu bertempur untuk melepaskan diri daripada kepungan askar Jepun. Usaha mereka berjaya, dan satu laluan diperolehi untuk membolehkan pasukan Australia itu melepaskan diri daripada kepungan.

Pada pagi 22 Januari 1942, pasukan askar Australia itu sampai di Parit Sulong, tetapi mendapati jalan mereka dihalang oleh satu pasukan askar Jepun. Pada ketika itu, ramai askar Australia dan India yang cedera ataupun terbunuh. Pasukan British (Bn 2 Loyals) yang dihantar untuk membantu mereka pula tidak muncul. Leftenan Kolonel Charles Anderson memberikan arahan supaya mereka yang masih berdaya untuk melarikan diri dalam kumpulan-kumpulan kecil melalui jalan-jalan kampung. Mereka yang cedera terpaksa ditinggalkan.

Hanya 271 orang askar daripada Batalion 2/19 dan 120 orang anggota Batalion 2/29 dapat melepaskan diri daripada kepungan askar Jepun tersebut – kurang dari satu perempat daripada bilangan yang ada semasa pertempuran di Muar. Untuk keberanian dan kepimpinannya, Leftenan Kolonel Charles Anderson diberikan anugerah Victoria Cross.

Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong

Pembunuhan beramai-ramai Parit Sulong berlaku pada 23 Januari 1942 yang dilakukan oleh anggota Division Pengawal Imperial (Imperial Guards Division) dari Tentera Imperial Jepun terhadap tentera berikat semasa penaklukan Tanah Melayu ketika Perang Dunia II. Beberapa hari sebelumnya, tentera Berikat telah menyerang hendap tentera Jepun berhampiran Gemas dan meletupkan jambatan di situ dalam pertempuran Jambatan Gemencheh.

Semasa Penjajahan Jepun di Tanah Melayu, anggota pasukan Division ke 8 Australia (Australian 8th Division) dan Brigade Infantri ke-45 India (Indian 45th Infantry Brigade) sedang berundur sambil berjuang apabila mereka dikepong berhampiran dengan jambatan di Parit Sulong. Pasukan Berikat bertempur dengan pasukan Jepun yang lebih besar selama dua hari sehingga mereka kekurangan bekalan peluru dan makanan.

Setelah gagal berunding di bawah bendera putih untuk membenarkan mereka yang tercedera untul lalu, pemerintah pasukan memutuskan bahawa pihak Jepun akan mematuhi Perjanjian Geneva (Geneva Convention ) mengenai tawanan perang dan memerintahkan kesemua mereka yang sihat dan mampu diperintahkan untuk berpecah ke dalam hutan, satu-satunya jalan bagi mereka kembali menyertai barisan pihak Berikat; tetapi bagi sekitar 110 tentera Australia dan 40 tentera India yang cedera terlalu teruk untuk melarikan diri, pilihan mereka yang ada hanyalah untuk menyerah diri.

Tahanan perang yang cedera itu ditendang dan dihentak dengan buntut senapang oleh Pengawal Imperial. Mereka yang tercedera ditahan dalam bangunan kayu. Mereka kemudian dikumpulkan dan diperiksa oleh Chief of Staff Lt. Gen. Nishimura Takuma, General Officer Commanding, Division Pengawal Imperial yang memberikan arahan untuk “menghapuskan” tahanan yang tercedera.

Dalam perbicaraannya, Nishimura mendakwa bahawa ini bererti “memindahkan mereka yang tercedera kebelakang” – tetapi Chief of Staff, Kolonel Imai Kamerjiro – yang tidak terselamat dalam perperangan – menambah; “Mayat tahanan hendaklah dibakar selepas selesai pembunuhan itu”. Teks penuh arahan tersebut diberikan kepada Lt. Fujita yang ditugaskan bagi menghapuskan tahanan.

Pada petang 22 Januari 1942, mereka diperintahkan untuk berkumpul di belakang baris kedai yang rosak berdekatan. Mereka yang tercedera dipapah oleh mereka yang mampu berjalan, setelah dijanjikan rawatan perubatan dan makanan. Sementara menunggu ditempat perkumpulan, samaada duduk atau terbaring lemah, tiga mesingan, tersorok di bilik belakang mulai menembak, mengsasarkan tahanan tersebut. Sejumlah tahanan yang masih hidup di tikam dengan bayonet. Selepas itu baris rumah kedai tersebut dirobohkan dan mayat tahan diletakkan di atasnya. Enam puluh galon minyak dituang diatas timbunan itu dan api dihidupkan. Menjelang tengah malam, timbunan kayu dan mayat membentuk abu setinggi dua kaki sebelum diisikan kedalam lubang bom dijalan berhampiran.

Terdapat keterangan saksi lain yang menyatakan kisah berlainan, antaranya: Sesetengah dari mereka diikat dengan kawat di tengah jalan sebelum ditembak dengan mesingan dan dicurah dengan petrol dan dibakar dan selepas “dibakar hangus— sebelum digelek kehadapan dan kebelakang (secara teratur) dengan lori yang dipandu oleh tentera Jepun.” Kebanyakan mayat tersebut dijadikan pengisi lubang bom di jalan.

Kenyataan penduduk tempatan turut melaporkan bahawa tahanan perang (POWs) diikat beramai-ramai dengan kawat dan dipaksa berdiri di atas jambatan, sebelum seorang tentera Jepun menembak seorang, menyebabkan yang lain jatuh kedalam sungai Simpang Kiri dan lemas.
Tiga orang tentera Australia terselamat dan dua daripadanya masih hidup sehingga tamat perang. Dua tentera Australia yang tercedera dan sempat melarikan diri dari pembunuhan beramai-ramai itu dan menjadi saksi mengenai layanan Jepun terhadap tahanan perang. Rekod rasmi menunjukkan seramai 150 orang yang tercedera dibunuh.

Leftenan Jeneral Takuma Nishimura kemudiannya disabitkan terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong oleh Mahkamah Tentera Australia (Australian Military Court) dan digantung hingga mati pada 11 Jun 1951. Dia telah disabitkan oleh mahkamah British bagi penjara seumur hidup bagi Pembunuhan beramai-ramai.

Rupanya jalan yang kita lalui saban waktu di atasnya menjadi saksi berbagai peristiwa yang boleh dijadikan iktibar. Negeri yang sedang aman makmur tidak ada jaminan akan terus aman tenteram. Bila-bila masa Allah boleh tukarkan menjadi huru hara samada dengan peperangan ataupun bencana alam. Allah Maha Berkuasa. KuasaNya mutlak.

Ampun maaf.
Kabin Gate, AB
11.09pm, Jan 22, 2015

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *