***Tuan Nasar Dalam Kenangan***

Kongsikan kepada yang lain
Share
Foto Tn Nasar bersama buku susunnya, 'Catatan Sejarah Rasulullah' yang mesti dimiliki oleh setiap rumah orang Islam di Malaysia khasnya staf GISB, bekas pelajar Batu Hampar dan muslim Pantai Remis.
YM Tuan Nasaruddin Awang. Antara jariah beliau ialah buku susunannya, ‘Catatan Sejarah Rasulullah’ yang mesti dimiliki oleh setiap rumah orang Islam di Malaysia khasnya staf GISB, bekas pelajar Batu Hampar dan muslim Pantai Remis.

Salam ceria,Lama masa yang anjang ambil untuk menulis tentang kawan anjang Ust Din atau Tuan Nasar. Kerana apa? Kerana sampai sekarang anjang terasa seolah-olah beliau belum meninggal dunia. Rasa macam tak percaya, rakan sekelas di Bt Hampar 1987-89 telah meninggalkan alam yang fana ini, menuju alam yang abadi di umur yang masih muda. Awal 40’an. Ya, mati tak mengenal usia.

Banyak kenangan anjang bersamanya khasnya di alam persekolahan. Syh Abdullah Ariffin, Tn Tengku Azhar antara orang kuat pendidikan ketika itu. Guru-gurunya ramai termasuk yang dah berumur tetapi sangat gigih seperti arwah Ust Zaidun dan Ust Ismail Puteh.

Tn Nasar adalah seorang yang sangat komited dengan tugas dan tanggung jawab. Bersungguh-sungguh dalam setiap hal. Rajin. Pandai. Seingat anjang, beliau sentiasa pegang no 1 dalam peperiksaan kelas. Hafaz Quran 30 juz di Pakistan hanya selama 6 bulan. Pendiam. Tak bercakap perkara yang sia-sia. Di akhir hayatnya anjang hanya kerap berjumpa sewaktu meeting syarikat, ketika itu anjang lihat, di masa free, mulutnya tak pernah berhenti berzikir. Sangat tegas dengan prinsip tanpa menghiraukan komen-komen kaki pengomen.

وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ

Pemergian beliau sangat memberi kesan. Tarikhnya pula semua orang mudah mengingatinya. 1.1.2015. Rasa ralat kerana anjang tak dapat menghadiri. Tetapi kerana bertugas nun di selatan tanahair, tak berkesempatan memberi penghormatan terakhir.

Pun begitu, anjang sentiasa mengikuti perkembangan kesihatan beliau melalui isterinya. Hari ini anjang nak kongsikan dengan pembaca semua.

Menurut isterinya, Puan Aishah ketika hari terakhir sebelum beliau masuk ke ICU, masa tu di wad CCU, lama Tn Nasar bersembang denganya. Perbualan itu juga merupakan wasiat terakhir dia . (Sebelum jantung dia berhenti kali pertama). Katanya kalau di takdirkan umur abang setakat ni saja rasanya 42 tahun ni cukup Allah bagi apa yang beliau hendak. Segala-galanya dah tercapai. Cuma satu saja yang beliau mungkin tak sempat.

Tak sempat tengok kegemilangan Islam. Ketika itu beliau terdiam sebab sebak. Lepas itu, beliau sambung cakap, tetapi beliau sangat yakin, beliau akan menyaksikan juga kegemilangan Islam itu.

Katanya lagi kalau beliau tak ada jagalah anak-anak sebaiknya. Ketika itu, Puan Aishah sudah menangis. Beliau bertanya;

Kenapa menangis?”

Puan Aishah:

Sebab abang cakap macam tu,

Beliau jawab,

Benda ni semua kena cakap, sebab kalau kalau tak cakap nanti tak ingat.”

Beliau sambung lagi,

Yang nak kena ditangiskan, kita yang ditinggalkan ni boleh tak didik anak-anak jadi anak-anak yang soleh. Sebab anak soleh saja yang akan selamatkan kita di alam sana. Bawa anak-anak untuk terus berjuang bersama DIHA. Abang tak tinggalkan apa-apa harta tapi abang tinggalkan Allah, Rasul dan perjuangan. Abg tinggalkan anak-anak untuk jadikan saham kita di alam sana. Tolong jaga adik-adik madu juga. Tolong tengok remaja. Tolong bayar hutang abang kalau ada. Tolong sampaikan salam dan ampun maaf abang pada semua team dan kawan-kawan.”

Menurut Puan Aishah lagi, selepas beliau bercakap, dia bersalam dan memeluknya, memohon ampun sebab sebagai isteri pertama, dia sangat banyak dosa dan kesalahan kepada suami. Tuan Nasar menjawab, sebesar mana pun salah sesiapa pun padanya, beliau sudah maafkan jangan dirisaukan.

Selesai mereka bersembang nursedatang untuk membawanya ke ICU untuk didialisis. Sebab mesin dialisiskhas untuk jantung yang terlalu lemah hanya ada di ICU sahaja. Semasa hendak pergi ke ICU itu beliau masih sedar sedar macam biasa tetapi apabila masuk ICU, belum sempat buat apa-apa, tiba-tiba jantungnya berhenti berdenyut.

Doktor terpaksa buat CPR untuk membantu jantungnya berdegup semula. Selepas 3 minit jantung berfungsi kembali. Untuk kesihatan jantungnya, doktor membuat keputusan untuk menidurkannya selama 2 hari.

Masuk hari ke 3, beliau telah sedar. Ketika itu dalam pukul 1 tengahari. Hari itu 25hb Disember 2014. Ramai orang datang ziarah. Termasuklah gurunya semasa beliau di sekolah rendah di Kg Panchor, Pantai Remis. Kawan-kawan semasa sekolah rendah pun ada 4 orang datang menziarahinya dengan keluarga masing-masing.

Petang itu barulah Puan Aishah dapat berpeluang bersembang dengannya sebab pelawat dah tak berapa ramai. Interaksi hanya melalui tulisan kerana beliau tidak boleh bercakap. Tiub pernafasan berada di mulutnya.

Beliau bertanya bila semua ini dipasang? Maka Puan Aishah pun menceritakan rentetan peristiwa yang berlaku. Beliau mengangguk tanda faham. Ketika itu beliau terus saja menulis dan menyusun tugas untukteam di zon. Susun projek-projek dan pendidikan. Siapa yang kena kena mengajar, siapa yang kena kena menjaga asrama, siapa muraqib dll.

Kesan dari jiwa seorang ayah yang hidup matinya untuk Islam mengalir kepada anak-anaknya. Anak-anak yang tidak berdosa melihat apa yang kita tidak nampak. Itulah yang anjang rasakan bila Puan Aishah menyambung cerita.

Menurut Puan Aishah, anak mereka yang kecil, Suwaibah baru berumur 3 tahun selalu cakap:

Ummi, abi ada di syurga. Suwaibah nampak abi masuk syurga. Tapi nanti abi balik.”

Sebab itu kalau makan makanan kegemaran abinya dia suruh simpan. Sebab nanti abi balik nak makan. Puan Aishah sendiri pelik, macamana dia dapat ayat tu sedangkan dia bukan pandai cakap sangat pun, baru berusia 3 tahun.

Empat atau lima hari lepas team rancangan WHI datang ke rumah amal di mana seorang anak Tn Nasar diletakkan. Mereka menemu ramah anak-anak di situ termasuk Mohd Idris bin Nasaruddin. Bila ditanya;

Ayah adik di mana sekarang?

Jawabnya,

Ayah Idris ada di syurga.”

Sebak pengacara itu dibuatnya. Sama saja jawapan anak-anak.

Emak dan kakak-kakak Pn Aishah berkata kepadanya, suami kamu itu wali Allah. Malah salah seorang kakaknya berkata, jangan berkahwin lagi selepas ini, sebab kamu tidak akan berjumpa lagi orang macam ni di atas muka bumi ini.

Anjang tak mampu lagi menulis, air mata dah lama bergenang. Doakan kami Tuan Nasar. Doakan kami dari sana. Doakan kami semua agar dapat takut Allah dan rindu Nabi. Agar hidup mati untuk Allah dan Rasul semata-mata. Untuk Islam tercinta.

Wakaf Kabin AB.

6.13pm, Jan 24, 2015

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

  • Tuan Nasar (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

6 thoughts on “***Tuan Nasar Dalam Kenangan***

  • January 24, 2015 at 6:35 pm
    Permalink

    Terimakasih atas cerita…tidak sedar..airmata saya mengalir..

    Reply
  • January 24, 2015 at 6:47 pm
    Permalink

    Terima kasih Anjang.. Semoga kami juga sempat bersama Anjang menjejaki roh YBhg Tuan Nasar.. ٳنشاء الله
    آمين يا رب العالمين

    Reply
  • January 24, 2015 at 7:08 pm
    Permalink

    Ya Allah jatuhkan kedalam hatiku rasa rasa sebagaimana kau berikan kepadanya

    Reply
  • January 24, 2015 at 7:58 pm
    Permalink

    Terimakasih tn harun atas perkongsiannya

    Reply
  • January 24, 2015 at 8:04 pm
    Permalink

    Terima kasih tuan..air mata mengalir deras…tak sempat berkhidmat sungguh2 dgn Tn Nasar..

    Reply
  • January 25, 2015 at 4:12 pm
    Permalink

    Tk atas perkongsian…mudahan semangat dan kegigihan beliau menjadi panduan utk kita semua

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *