Jins Shamsuddin kini dalam keadaan kurus

Kongsikan kepada yang lain
Share
Tan Sri Jins Shamsuddin pernah bertemu Abuya.  Hero filem Bukit Kepong itu menderita Alzheimer dan berat badan turun dari 80 kepada 40 kilogram.
Tan Sri Jins Shamsuddin pernah bertemu Abuya.
Hero filem Bukit Kepong itu menderita Alzheimer dan berat badan turun dari 80 kepada 40 kilogram.

PETALING JAYA: Pihak keluarga bekas Ahli Dewan Negara, Tan Sri Jins Shamsuddin, 80, yang menderita akibat penyakit Alzheimer sejak empat tahun lepas mengesahkan bahawa gambar terkini hero filem Bukit Kepong itu yang sedang menjadi viral di Internet adalah benar.

Bagaimanapun, isterinya Puan Sri Halijah Abdullah, 54, berkata, sebenarnya anak-anaknya tidak memberikan kebenaran untuk menyiarkan gambar tersebut.

“Beberapa hari lalu, ada pemberita datang untuk menemubual Tan Sri tetapi anak-anak tak bagi mereka ambil gambar.

“Malah mereka cakap tak mahu siarkan gambar tersebut tapi kini dah disiarkan, nak buat macam mana,” katanya, lapor The Rakyat Post.

Jelas beliau, gambar yang sedang viral di Internet itu betul tetapi suaminya itu masih boleh bergerak dan berjalan bukanlah seperti yang didakwa segelintir pihak yang mengatakan keadaan Jins Shamsuddin kini sedang tenat dan hanya terlantar sepanjang hari.

“Walaupun berat badan Tan Sri menyusut dari 80 kilogram dan kini hanya tinggal 40 kilogram lebih sahaja, kesihatannya masih dalam keadaan yang baik.

“Syukur Alhamdulillah, keadaan suami saya masih baik. Cuma dia semakin kurus sedikit. Biasalah sakit orang tua, badannya pun kini menyusut tinggal kulit dengan tulang tetapi masih boleh bangun dan bergerak perlahan,” katanya.

Halijah berkata, pada mulanya ahli keluarga terperanjat juga dengan keadaan itu, namun selepas menjalani pemeriksaan perubatan, doktor memaklumkan yang kesihatan Jins Shamsuddin masih dalam keadaan yang baik.

“Tan Sri masih berselera ketika makan dan boleh duduk di atas kerusi dengan stabil cuma doktor memberitahu yang makanan yang dimakannya itu tidak dapat diproses menjadi zat dan hanya menjadi hampas.

“Biarpun Tan Sri semakin kurus, namun dia tidak mengidapi penyakit lain seperti sakit jantung, kencing manis atau buah pinggang,” katanya.

Beliau berkata lagi, suaminya itu kini sukar mengingati perkara lalu dan sudah tidak mengenali isteri dan anak-anaknya.

“Keadaan ingatannya semakin lemah dan sudah tidak mengenali kami. Saya berharap agar peminat dan rakan-rakan Tan Sri mendoakan agar keadaannya kembali pulih,” katanya.

Jins Shamsuddin atau nama sebenarnya Mohamed Zain Shamsuddin dilahirkan pada 5 November 1935 dan menjadi pelakon yang berkaliber atas bimbingan Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada sekitar 50-an dan 70-an.

Jins Shamsuddin kini dalam keadaan kurus | Free Malaysia Today
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/02/02/jins-shamsuddin-kini-dalam-keadaan-kurus/

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *