***Mohd Fakhrur Islam Dalam Kenangan***

Kongsikan kepada yang lain
Share
Tempat Kejadian. Takdir mengatasi Tadbir. Ya Allah! Jadikan hati kami sentiasa takut dengan-Mu
Tempat Kejadian. Takdir mengatasi Tadbir. Ya Allah! Jadikan hati kami sentiasa takut dengan-Mu

 

‎Pulang Untuk Kembali

Salam ceria.

Aku berkawan agak rapat dengan Zul Mokhtar walaupun lebih tua dariku dan kelasnya atas dari kelasku di Yayasan. Tapi ditakdirkan Allah kami sama-sama belajar di Jordan. Sama-sama pindah ke Pakistan. Belajar 1 kelas. Menjadi semakin rapat bila sama-sama travel dari Karachi, Pakistan pergi ke Islamabad, Quetta, Taftan Iran, Tehran, Turki dan terus ke Cairo, Eygpt. Setahun di Mesir, kami dipindahkan pula kembali ke Jordan cuma aku di selatan Jordan, Muktah. Dia di University Jordan, Amman.

Allah takdirkan kami dinikahkan di tarikh yang sama, aku, Zul, Nik Hazani, Asmadi Naim‎ dan Hashim Taib pada tahun 1995. Hashim pulang ke Iraq. Tahun berikutnya ramai yang menimang anak kelahiran Jordan. Anak Nik Hazani Allah panggil awal, meninggal dunia ketika bayi dan dikebumikan di Jordan.

Kawan-kawan dari Mesir yang berpindah ke Jordan dan Iraq pun menerima kelahiran tahun 1996. Maka muncullah generasi kelahiran Jordan dan Iraq beramai-ramai bernama B‎athullah Nasaruddin, Batholul Islam Nazri, Batholuddin Nasran, Fajrul Islam Ramadhan, Izzul Islam Asmadi, Syurahbil Syakur, Fathiyah Harun, Saihah Inam.

Fakhrur, kau pergi diusia muda... moga kau berbahagia di sana!
Fakhrur, kau pergi diusia muda… moga kau berbahagia di sana!

Di antara anak-anak tersebut,‎ seorang bernama Mohd Fakhrur Islam Zulkefli. Anak sulung Zul dan Salwani. Setelah grad, Zul pulang dan berkhidmat di Malaysia. Bertugas di merata tempat di tanahair termasuk Eropah dan Saudi tetapi akhirnya banyak bersama denganku, di zon Syria iaitu di Damsyik dan Irbid. Fakhrur pula membesar dan mendapat pendidikan di Malaysia. Mahir berniaga dan pandai masak masakan panas seperti ayahnya.

Berkali-kali juga kami bercadang untuk membawanya ke Jordan tetapi tak kesampaian. Setelah aku keluar dari Jordan, berita sampai padaku, alhamdulillah, Fakhrur dah terbang ke Jordan. Kembali ke tanah tumpah darahnya untuk menggalas perjuangan Islam. Bersama ibu dan ayahnya dan para remaja yang gigih hidup mati untuk Islam.

Belum lama Fakhrur tinggal di Jordan, Allah takdirkannya menyertai satu rehlah ke Madaba. Rehlah menambah ukhuwah dan kasih sayang setelah selesai pertandingan memasak dalam bahasa Arab antara usrah. Rehlah di tanah Syeikh Adil. Katanya di sana ada air terjun. Mandi air terjun dan anak sungai yang jarang ada di Jordan.

‎Tanpa disangka, rehlah bertukar menjadi kemalangan bila beberapa orang lemas. Seperti yang diceritakan di dalam FB.

Fakhrur! Jasamu akan kami kenang sentiasa. Al Fatihah...
Fakhrur! Jasamu akan kami kenang sentiasa. Al Fatihah…

Aku tersentak bila mendapat berita sedih itu malam tadi. Melalui bbm dari Ummu Halimah. Tanpa berlengah menghubungi Zul, Hafiz, Ain, Ikrimah, Cemah untuk mendapatkan pengesahan. Ketika itu Zul di Irbid, baru bergegas ke hospital Madaba yang jaraknya lebih 100km. Hafiz pula di Aqabah menguruskan travel. Cemah di Jerash. Ikrimah yang ada di tempat kejadian tetapi sedang sangat sibuk menguruskan jenazah. Sedihnya bila ia memang benar-benar berlaku. Siapakah boleh menahan air mata ketika situasi begini? ‎Anak-anak kawan-kawan seperti anak-anak kita juga. Lebih-lebih lagi kawan rapat begini. Allah lebih menyayanginya. Moga Allah terima rohnya.

harun

Fakhrur, kau pulang untuk kembali. Pulang ke tanah Jordan, tempat kau dilahirkan untuk‎ kembali bertemu Tuhanmu. Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadaNyalah kita kembali. Kau, aku dan semua pembaca tidak memiliki diri masing-masing. Kita milik Allah. Moga kematianmu, kematian yang indah. Moga kematian kita semua, kematian yang indah juga. Kau berusaha selamatkan orang lain, sehingga engkau terkorban. Pemergianmu pula memberi kesan di hati semua orang untuk takutkan Allah. Berjasanya engkau.

Sabda Nabi SAW:

كفى بالموت واعظا

Cukuplah dengan satu kematian itu menjadi peringatan.

Sepatutnya begitulah bagi yang lunak hatinya dengan Tuhan. Satu kematian sudah cukup untuk menjadi peringatan seumur hidup. Malangnya aku melihat, mendengar berita, membaca kisah kematian yang berlaku setiap hari, bukan satu, berpuluh-puluh, beratus-ratus kematian ‎tetapi hati masih belum takutkan-Mu Tuhan dengan sebenar-benar takut.

Fakhrur, doakan kami dari sana supaya dapat takutkan Allah dan rindukan Nabi. Moga Zul dan Salwani, Noriha dan semua ahli keluarga di beri kesabaran, ketabahan dan ganjaran pahala oleh Allah.

Al Fatihah untuk roh Mohd Fakhrur Islam Zulkefli.

Jenazah sedang dikeluarkan dari tempat kejadian
Jenazah sedang dikeluarkan dari tempat kejadian

Wakaf Kabin, AB.

4.22pm, Feb 5, 2015

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

7 thoughts on “***Mohd Fakhrur Islam Dalam Kenangan***

    • February 5, 2015 at 6:48 pm
      Permalink

      Mudahan Allah menyabarkan ust zul dan ustzh salwani…fakrul islam pernah bersama kami di tg sedikit sebanyak pemergianya menyentuh hati dan perasaan kami..alfatihah

      Reply
  • February 5, 2015 at 5:01 pm
    Permalink

    Terima kasih atas nukilan yang menyentuh perasaan..

    Reply
  • February 5, 2015 at 8:29 pm
    Permalink

    Ya allah ,, sgt menyentuh hati .. Semoga dia ditempatkan dikalangan orang2 yg berkat seperti Tuan Nasarrudin ,, Nizam ,, zamri dan sebahagian dr itu .. moga mereka sentiase mendoakan kita semua untuk mati dalam keimanan dan kemenangan .. aminn .. Al-Fatehah buat arwah Fakrur Islam:'(

    Reply
  • February 5, 2015 at 8:49 pm
    Permalink

    روى البخاري ومسلم من حديث أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الشهداء خمسة ، المطعون ، المبطون ، والغريق ، وصاحب الهدم ، والشهيد في سبيل الله

    Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bokhari dan Muslim dari Abu Hurairah RA berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda: Para Syuhada’ itu lima golongan: Orang yang mati kerana wabak taun, orang yang mati kerana sakit perut, orang yang mati lemas, orang yang mati dihempap bangunan dan orang yang terbunuh pada jalan Allah.”, maka confirm Mohd Fakhrur Islam mati syahid. Dia tentu sedang bergembira di sana.
    Ya Allah! Anugerahkan kami khusnul khatimah.

    Reply
  • February 6, 2015 at 7:47 pm
    Permalink

    Takziah akh Zul,

    عظم الله أجره،

    اللهم اغفر لابنه وارحمه وعافه واعف عنه

    Abu al-Izz

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *