***Iktibar dari Kematian***

Kongsikan kepada yang lain
Share
Berita dalam Bahasa Arab mengenai kematian Fakhrur
Berita dalam Bahasa Arab mengenai kematian Fakhrur

‎Salam ceria,
1.Rupanya berita kematian jangan terkejut mendengarnya kerana Allah telah ceritakan dalam Al Quran. Ia pasti berlaku malah sangat hampir dengan kita semua.
2. Kena rasakan kematian semakin hampir kepada kita setiap detik.
3. Semua orang akan mati bila-bila masa dan apa-apa cara. Oleh itu jangan terkejut! Tetapi setiap kali kematian, selalunya kita sebagai manusia biasa, tetap akan terkejut. Ampun Allah!
‎4. Nikmat yang besar akan membuatkan kita lalai. Bila kita lalai, jika Allah sayangkan kita, Allah akan datangkan satu peristiwa untuk kembalikan rasa hamba di dalam hati-hati kita.

Al Fatihah
Al Fatihah

5. Mungkin akan berlaku kecurian, rompakan, kemalangan, bencana alam dan kematian yang tidak disangka-sangka.
6. Allah lakukan semua itu agar hati kita cemas dengan Allah. Takut dan gerun pada-Nya setiap ketika.
7. Baru beberapa siri kuliah akhir-akhir ini PZ1 SD ulang-ulangkan yang mafhumnya, jika kita masih tak mau tunduk dengan Allah. Tak nak ikut disiplin Allah. Terus menerus mengikut nafsu, jangan terperanjat‎ jika berlaku kemalangan, lemas, mati, lumpuh dsb tiba-tiba ia berlaku. Walaupun jauh beribu batu dari AB tetapi kesannya tetap ada berbekas di hati-hati ini. Moga pemergian Fakhrur membuatkan kami tidak putus dengan Tuhan.

Jenazah sedang diusung di perkuburan Ain Basya, Jordan
Jenazah sedang diusung di perkuburan Ain Basya, Jordan

‎Kisah Dari Ayahnya

‎Sewaktu kejadian, semua turun mandi, berenang. Tetapi dia (Fakhrur) belum turun lagi. Air dalam dan macam berat (menurut En Ikri)

Bila Faiz turun dan lemas, dia nampak lalu terjun nak selamatkan. Dia sempat bawa ke tempat yang agak selamat, lepas itu dia tak larat. Dalam masa yang sama, Fayyad pun lemas juga. Suhail, Abbad, Barrak, Syh Adil, En Ikri terjun nak selamatkan mereka, tapi masing-masing hampir lemas juga kerana Faiz dan Fayyad sangat kuat meronta.

Dalam suasana yang kelam kkabut begitu, untuk selamatkan Faiz dan Fayyad, mereka terlupakan Fakhrur yang sedang keletihan. Tengok-tengok dia dah tak ada. Ketika itu semua pakat mencarinya dengan baki tenaga yang ada tetapi tidak berjaya.

Mereka azan, selawat, bertahlil beramai-ramai sambil menangis. Ibu-ibu di sebelah atas melihat semua peristiwa yang berlaku. Line hp pula langsung tiada di situ menyebabkan Syh Adil keluar menaiki kereta untuk memanggil Difa Madani (Pertahanan Awam). Mereka cemas kerana hari sudah semakin gelap, takut jika tidak berjumpa kena tunggu esok pula

Difa Madani turun cari guna bantuan gas (menyelam dengan alat pernafsan) sebab mereka tahu tempat itu dalam. Dalam setengah jam setelah mencari, alhamdulillah berjumpa lalu terus membawanya ke Hospital Madaba. En Ikri meminta pihak hospital memberi bantuan oksigen tetapi sudah terlambat. Fakhrur telah pergi.

Ampun Allah.

Di tanah perkuburan
Di tanah perkuburan

Tangga Kabin AB.
6.57pm, Feb 6, 2015

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Iktibar dari Kematian***

  • February 6, 2015 at 7:39 pm
    Permalink

    YA ALLAH TERIMALAH FAKHRUL SEBAGAI SYUHADAMU.TAKZIAH BUAT KELUARGA FAKHRUL.

    Reply
  • February 6, 2015 at 8:48 pm
    Permalink

    Kematian pasti mendatangi kita. Semoga ianya kematian yg berjaya buat kita.. Ya Allah! Tolonglah kami dgn berkat Nabi Mu dan mursyid kami..
    آمين يا رب العالمين

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *