Surat terbuka untuk Anwar Ibrahim

Kongsikan kepada yang lain
Share
Moga Anwar Insaf
Moga Anwar Insaf

FMT | Feb 12, 15 11:41am

Oleh Iskandar Mohamad
Kepada Anwar,
Berapa lama lagi seseorang boleh bergantung kepada zaman kegemilangan lampaunya?
Berapa lama lagi anda rasa boleh mengharapkan suara rakyat untuk terus menekan sistem penghakiman negara demi membebaskan anda?
Itu bukan caranya untuk mendapat keadilan.
Mahkamah telah memberikan peluang yang secukupnya kepada anda untuk mendedahkan bukti dan mengetengah isu-isu berkaitan yang lain.
Jangan terus-menerus mengatakan diri anda tidak bersalah padahal, tindakan berdiam diri itu sendiri sudah cukup menyerlahkan bahawa anda bersalah.
Dakwaan anda bahawa ia satu konspirasi politik yang direka untuk menamatkan karier politik adalah tidak benar. Anda yang mengakhiri karier politik anda sendiri.
Mengaku sahajalah. Rakyat sudah lama kenal kepura-puraan yang dibawa oleh diri anda.
Rekod menunjukkan pihak pembelaan anda telah meminta kes dipinda lebih daripada 70 kali.
Apabila rayuan pendakwaan terhadap pembebasan anda dibawa ke Mahkamah Rayuan, rayuan itu ditangguh lebih lima kali gara-gara beberapa permohonan yang anda failkan.
Di sebalik semua ini, anda masih sanggup menuduh bahawa hakim-hakim tidak memberi ‘pertimbangan yang wajar dalam kes itu’?
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri (PMO) juga anda permasalahkan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh PMO beberapa minit setelah keputusan Mahkamah keluar, bukanlah sesuatu yang luar biasa dan juga bukan konspirasi terhadap diri anda.
Bahkan semua wartawan yang menjangkakan keputusan sebesar itu juga bersiap sedia dengan draf laporan alternatif supaya dapat membuat laporan segera. PMO juga pasti melakukan perkara yang sama.
Jangan menyoal integriti akhlak. Anda, Anwar Ibrahim, bukanlah insan mulia.
Kebenarannya adalah, anda gagal mempertahankan diri anda kerana:
– Anda enggan memberi keterangan dari kandang saksi. Jika anda melakukannya, sudah pasti boleh membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan ke atas anda. Pihak pendakwaan pasti tidak dapat menyabit anda dalam kes ini dan anda boleh bebas. Tindakan berdiam diri hanya dapat diintepretasi sebagai pengakuan bersalah.
– Mengambil pendirian untuk memberikan keterangan dari dalam kandang tertuduh merupakan bukti yang tiada nilai kerana ia tidak boleh diterima sebagai keterangan dan tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwa.
– Anda juga tidak mengemukakan sebarang bukti menyangkal dakwaan pendakwa yang menyatakan bahawa anda telah meliwat. Anda juga gagal mencabar keterangan Saiful untuk menunjukkan dia berbohong.
– Anda juga gagal menunjukkan bahawa sampel DNA yang diperoleh pihak pendakwa tidak boleh dipakai dalam perbicaraan.
– Dengan bala tentera yang anda kumpulkan, seramai 15 orang peguam kesemuanya, di mana kelayakan dan pengalaman mereka yang tidak boleh diragui, mereka masih gagal membela anda. Nampaknya pasukan pakar undang-undang anda gagal fokus kepada pertuduhan yang dibentangkan oleh pendakwa, sebaliknya berhujah tentang isu-isu yang tidak relevan dengan kes. Ini menunjukkan mereka tidak tahu fakta sebenar kes.
– Hujah awal mereka bahawa anda tidak mungkin meliwat Saiful kerana anda tidak pernah bersendirian dengannya. Fakta itu disokong dengan 13 saksi. Malangnya, hujah itu jatuh terburai apabila beberapa rakaman CCTV pergerakan keluar masuk dari kondominium itu bercanggah dengan fakta yang pasukan anda bentangkan.
– Pendek kata, pasukan anda dilumpuhkan oleh anda sendiri. Sabit kesalahan anda bukannya satu konspirasi, anda sepatutnya menyalahkan diri sendiri. Anda seharusnya menumpu pada pembelaan anda dan bukan memberi tumpuan kepada teori konspirasi.
Anwar Ibrahim, sebenarnya janji-janji anda semuanya kosong dan berongga.
Hari ini, yang menanggung kerugian ialah ahli keluarga anda sendiri. Mereka telah menderita kerana anda dan akan terus menderita.
Anda mahu menjadi “wira”, tetapi malangnya anda tidak lebih daripada seorang wira yang sudah gagal.
Cerita anda, Anwar Ibrahim, adalah mimpi yang jauh menyimpang kerana ia tidak pernah berkaitan rakyat atau Malaysia atau keluarga anda. Ia sentiasa dan selama-lamanya akan menjadi mengenai diri anda sahaja.

Iskandar Mohamad ialah pembaca FMT

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *