***Kesan Tsunami di Phuket***

Kongsikan kepada yang lain
Share

‎Salam ceria.
Semasa peristiwa Tsunami berlaku pada tahun 2004, pulau peranginan Phuket adalah antara kawasan yang terjejas. ‎Berita di tv dan video di internet memaparkan bagaimana gelombang ombak melanda sebuah pusat peranginan tepi pantai tanpa amaran.

Tak terfikir aku berpeluang melawat salah satu kawasan yang dilanda Tsunami. Semuanya rezki dari Allah, untuk mengambil iktibar. Menambah takut pada-Nya. Tiada satu pun yang Allah jadikan sia-sia. Semuanya mengandungi 1001 hikmah.

Bermula dari ikut En Md DBKL dengan Mak Wan bersarapan ‘moi’, semasa pulang Tn Rahman dan Tn Sumardi turun di rumah tamu yang asalnya markaz Al Arqam yang diwakafkan oleh Hj Ismail yang meninggal di Mekah beberapa tahun lalu…(Al Fatihah). Aku pula nak terus ke Madrasah Islam Phattana untuk join Pak M buat reban ayam. Kata DIHA, kalau orang Islam, bela ayam pun tak pandai, jangan harap nak bekalkan ayam halal kepada ‎umat Islam!

Mak Wan yang dah lama bertugas di sini menawarkan aku untuk ‘pusing-pusing’ sekitar kawasan ini. ‘Pucuk dicita, ulam mendatang.’ Dengan ‎Myvi hitam Extreme 1.5 AJD 1685 kami menuju ke lokasi kejadian Tsunami. Melalui kawasan perkuburan Islam di tepi pantai, Mak mula bercerita seperti pemandu pelancong.

“Ketika Tsunami, ombak dari laut melompat melepasi perkuburan ini sampai ke kaki bukit‎, melompat tapi tak kena kuburan ini.”

“Mesti ada maqam wali Allah ni!” responku spontan.

Setelah menaiki kawasan berbukit dan menuruninya, aku melihat satu kawasan berpantai yang indah. Ada restoran di sepanjang jalan di tebing pantai. Terdapat banyak bot-bot layar di laut yang tenang dan jernih airnya. Namanya tempatnya Aw Youn.

En Md memberhentikan keretanya di tepi jalan selepas satu selekoh dan kami keluar menuju sebatang pokok kelapa. Menurut Mak, di pokok kelapa ini kita dapat lihat aras air yang melanda pantai Phuket ketika Tsunami. Apa tandanya? Selipar…

Cuba perhatikan selipar-selipar yang menghampiri puncak pokok... sangat tinggi.
Cuba perhatikan selipar-selipar yang menghampiri puncak pokok… sangat tinggi.

Sampai di kaki pokok, aku melihat banyak selipar-selipar dipakukan ke batang kelapa itu dari pangkalnya‎ hingga hampir ke pucuk. Di hujung berakhir selipar dipaku, itulah aras atau paras air yang naik ketika Tsunami. Kalau benarlah info dari Mak Wan ni, MasyaAllah… tingginya. Sangat menakutkan. Sangat menggerunkan!

Ketika itu, ramai penduduk yang melarikan diri ke kaki bukit untuk menyelamatkan diri. Malangnya bila sampai ke kaki bukit, mereka tidak mampu memanjatnya lalu ramai yang mati lemas di situ.

Ditakdirkan Tuhan juga, ada seorang perempuan tua yang berusaha menyelamatkan diri dengan memanjat pokok kelapa tersebut. Berada di puncak pokok kelapa dengan lautan air bergelombang di kelilingnya…‎ sangat mengerikan. Melihat ketinggian pokok kelapa itu dan membayangkan keadaan mak cik itu, aduh dahsyatnya kuasa Tuhan.
Patutlah kita takutkan Tuhan. Kerana Tuhan sangat berkuasa. Allah boleh lakukan apa sahaja. Tanpa berunding dengan sesiapa. Malah Allah punyai neraka untuk dihumbankan hamba-hamba-Nya yang berdosa dan derhaka. Ampunkan kami Tuhan.

‎Leam Panwa, Phuket.
1.30pm, Feb 18, 2015

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *