Menara kediaman tertinggi di Dubai terbakar

Kongsikan kepada yang lain
Share
MENARA kediaman tertinggi di dunia, Marina Torch. - Foto EPA
MENARA kediaman tertinggi di dunia, Marina Torch. – Foto EPA
SALAH satu menara kediaman tertinggi di dunia, Marina Torch terbakar di sini awal pagi tadi. - Foto AP
SALAH satu menara kediaman tertinggi di dunia, Marina Torch terbakar di sini awal pagi tadi. – Foto AP

DUBAI: Salah satu menara kediaman tertinggi di dunia, Marina Torch terbakar di sini awal pagi tadi.

Penduduk berkata, kebakaran bermula di tingkat ke-50 dan merebak ke tingkat ke-70.

Kejadian kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan di menara setinggi 336.1 meter itu menyebabkan penduduk terpaksa berpindah ke menara bersebelahan.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini, ketika kebakaran berjaya dikawal dan beratus-ratus penduduk di menara berdekatan dibenarkan kembali ke unit pangsapuri masing-masing.

Penduduk yang terbabit berjaya diselamatkan daripada terkena kecederaan sesak nafas.

KEBAKARAN di menara kediaman mewah di Dubai, Marina Torch pada awal pagi tadi. – Foto Reuters

Sementara itu, rakaman video amatur yang dimuat naik menunjukkan api marak di bahagian atas menara manakala sisa bangunan kelihatan bersepah di atas jalan raya ketika angin kuat menyebabkan api bertambah besar.

Dubai memang terkenal dengan begitu banyak menara pencakar langit dan beberapa kebakaran pernah berlaku sebelum ini.

Pada 2012, kebakaran berlaku di Menara Tamweel dekat daerah Menara Tasik Jumeirah berpunca daripada puntung rokok yang dibuang dalam tong sampah.

Salah seorang penduduk, Steve Short, 53, berasal dari Liverpool, England, memuji anggota bomba yang tiba dengan cepat sebaik menerima laporan kebakaran.

Beliau berkata, penggera kebakaran pada bangunan turut berfungsi untuk memaklumkan kepada penduduk, sementara pekerja pengurusan bangunan juga mengetuk setiap pintu rumah bagi memastikan penghuni keluar.

Penduduk, RJ Morlock, 33, dari Houston, yang merakam video kebakaran menerusi telefon bimbitnya menunjukkan api kelihatan di beberapa tingkat bangunan di dua bahagian berbeza.

Beliau berkata, penduduk kelihatan ketakutan untuk keluar ketika itu, namun ketangkasan bomba berjaya mengawal keadaan.

“Saya benar-benar terkejut kerana mereka dapat mengawal keadaan (api) di bawah dengan pantas. Ia (api) kelihatan seperti akan naik,” katanya.

Penduduk yang menunggu di seberang jalan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing untuk melihat kesan kebakaran itu.

Struktur keluli di sudut menara berkenaan bermula dari tingkat 50 remuk dan dipenuhi warna hitam.

Kerja pembersihan pula kelihatan giat membersihkan serpihan kaca dan serpihan lain yang berkecai pada jalan di bahagian luar bangunan itu. – Agensi

Menara kediaman tertinggi di Dubai terbakar | Berita Harian
http://www.bharian.com.my/node/36085

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *