Desak Mat Sabu, Hatta dipecat

Kongsikan kepada yang lain
Share
Multaqa ulama PAS
Multaqa ulama PAS

OLEH MOHD. ASRON MUSTAPHA DAN FARHANA JONI

22 Februari 2015 1:36 AM

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Pas tidak lagi berlapik apabila secara terbuka mengaitkan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Pengarah Pilihan Raya parti itu, Dr. Mohd. Hatta Ramli sebagai dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menyifatkan kedua-dua pemimpin tersebut sebagai biadab, wakil Dewan Ulama Pas Kedah, Fauzi Hussin, seterusnya mendesak tindakan tegas termasuk memecat Mohamad dan Mohd. Hatta bagi merawat kembali parti itu yang kini dilanda perpecahan.

Beliau yang berkias dengan mengaitkan permasalahan Pas kini seperti penyakit kencing manis berkata, apabila mana-mana anggota badan dijangkiti penyakit tersebut langkah terbaik bagi menyelamatkan nyawa adalah dengan memotong bahagian terlibat.

“Mana tindakan kita bila ada suara sumbang pertikai Presiden? Mereka datang rasmi mesyuarat cawangan tapi cerita keburukan Presiden. Ini jelas biadab. Perlu tindakan tegas tidak kiralah siapa pun walaupun pangkat dia Timbalan Presiden atau Pengarah Pilihan Raya parti.

“Kalau isteri ingkar perintah suami maka jatuh nusyuz dan adalah dayus jika kita tidak ceraikan bini yang nusyuz,” katanya semasa membahaskan ucapan Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob dalam Multaqa Ulama SeMalaysia II di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya, dekat sini hari ini.

Pada 8 Februari lalu, Ketua Dewan Pemu­da Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim bersama kira-kira 300 ahli yang merupakan penyokong Abdul Hadi berhimpun di ibu pejabat parti itu mendesak Mohd. Hatta dan mereka yang terlibat dalam komplot menjatuhkan Presiden serta kepe­mimpinan ulama meletak jawatan.

Dalam laporan sebuah portal baru-baru ini, Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi mengakui terdapat perbincangan dalam parti berhubung kedudukan Abdul Hadi sebagai presiden Pas.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan menafikan terlibat dalam kumpulan itu walaupun ada pihak yang mengaitkannya bersama Mohamad, Mohd. Hatta dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dalam kumpulan yang didakwa cuba menjatuhkan Abdul Hadi.

Dalam pada itu, Fauzi bertindak menyelar sikap Mohamad yang sering kali menyifatkan kenyataan Abdul Hadi mengenai pelbagai isu berkait pakatan pembangkang cuma sebagai pandangan peribadi Presiden Pas tersebut dan bukan mewakili pendirian parti.

Katanya, jika begitu pendirian yang diambil oleh Mohamad, mengapa Timbalan Presiden Pas tersebut tidak pula tampil menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pandangan peribadi dalam isu serupa.

“Sebab itu pada saya, seluruh ahli Majlis Syura Ulama perlu bertegas, mesti menyatakan pendirian segera dan jangan ada muslihat (kerana) kepentingan jemaah perlu dijaga, kalau tidak kekuatan yang ada pada kita pada hari ini akan hilang,” katanya.

– See more at: http://m.utusan.com.my/berita/politik/desak-mat-sabu-hatta-dipecat-1.62101#sthash.EURTsfWq.dpuf

Anjang: Kematian Nik Aziz membuatkan PAS yang telah sedia lemah semakin lemah. Lebih-lebih lagi dengan munculnya PasMa. Ikatan tahaluf siasi dalam PR dilihat menunggu masa untuk terlerai. Komponen parti dalam BN juga kelihatan bermasalah. Krisis di dalam MIC contohnya tidak nampak jalan penyelesaian. Apakah kejatuhan parti politik atau sistem demokrasi ‘segugus’ atau ‘setandan’ itu benar-benar akan berlaku?

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

3 thoughts on “Desak Mat Sabu, Hatta dipecat

  • February 22, 2015 at 6:08 pm
    Permalink

    Kalo dalam parti yang sama cita2 pun berpecah , takkan le boleh menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan pahaman . Ate macamana nak memimpin negare , tak de pormule yang tepat!

    Reply
  • February 22, 2015 at 7:06 pm
    Permalink

    Sudah jatuh dihempap tangga.Tiada siapa dpt menafikan pengaruh dan jasa besar 3 tokoh..golongan ulama,profisional dan anwarinas .Jasa TGNA,Anwar (tokoh penyatu pakatan) dan Mat Sabu dan rakan2 (golongan profesinal).Sekiranya terjadi perpecahan …amat malang bagi Pas .Sedikit ppercahan saja d Kedah telah menjatuhkan sebuah kerajaan.Sekiranya perpecahan berlaku juga ..nampaknya seakan.. akan berlaku sonami kejatuhan besar.Sudahlah banjir besar menenggelamkan harapan rakyat.Pemergian Allahyarhm TGNA,pemenjaraan Anuar.Adakah sokongan pada Pas kerana sokongan padu pengundi .Orang Cina nampak seakan tidak akan mmberi sokongan lagi disebabkan isue hudud yang tidak ditangani dgn bijaksana.Pemecahan salah satu dari tiga golongan yg kuat ini pasti akan mengewakan dan menimbulkan impak besar kejatuhan .Pecahan gongan ini akan mengambil masa puluhan tahun dan generasi untuk dibaiki.Apa pemangku dewan ulamak ada cukup karisme untuk mmpengaruhi.Adakah mudah mendapat tokoh seperti Mat Sabu Brjuta duit dkutip melalui ceramah dri dulu lgi.Pada masa itu tidak ada apa lagi yang dapat dilaksanakan kecuali ceramah..ceramah..ceramah.Apakah Rasullh hanya brjuang dan ajar kita cramah sj.

    Reply
  • February 22, 2015 at 8:25 pm
    Permalink

    Setia bersama anjangmu
    or

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *