NS Haramkan Wahabi

Kongsikan kepada yang lain
Share

salam ceria.
sudah sampai masanya pihak berkuasa agama negeri-negeri selaras bertindak terhadap ajaran wahabi. Selama ini individu-individu yang berfahaman wahabi yang ada di dalam team pihak berkuasa agamalah yang mengharamkan tarekat sedangkan ia dilakukan oleh orang yang bukan pakar dalam bidang tarekat. Sedangkan ajaran wahabi, kalau mengikut sejarah penubuhannya memang bersifat radikal dan extrim. Kalau pun hanya tinggal ilmu dan doktrin, ia tetap dengan dasarnya yang keras, menolak orang lain yang tidak sependapat dengan mereka malah membid’ahkan dan malah mengkafirkan.

Pepatah Melayu lama mengatakan,

“Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.”

Ertinya kalau guru membuat suatu kesalahan, anak murid akan lebih ektrim lagi kesalahannya. Kalau guru asyik menuduh orang lain sesat, bid’ah, ahli neraka maka tak heran kalau datang golongan seperti IS yang sanggup membunuh dan menyembelih umat Islam. Kalau benar pendapat yang mereka adalah agen yahudi, tetaplah wahabi ada saham kerana kecenderungan menyalahkan orang Islam lainnya yang memberi ruang kepada musuh untuk mencipta golongan pelampau IS.

Malah kalau kita kaji, wahabi pun memang ada kena mengena dengan yahudi dari awal penubuhannya.

Wallahu a’lam.

Kabin Gate, AB

5.26am, Feb 28, 2015

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “NS Haramkan Wahabi

  • February 28, 2015 at 4:27 am
    Permalink

    Syabas majlis fatwa NS…walaupun sudah terlambat tapi satu langkah yg sangat membantu d era menyelamatkan aqidah umat islam khususnya aqidah ahli sunnah wal jamaah….

    Reply
  • February 28, 2015 at 6:00 am
    Permalink

    Syabas mufti NS! Banyak orang tak paham apa tu Wahabi , banyak yang mengaku deme ASWJ tapi sebenornye deme tu Wahabi . Di Malaysia pun , perjuangan puak Wahabi dengornye dah berjaye buat deme diterime sebagei ASWJ. Deme ni le ‘duri dalam daging’ , sekali pandang nampak hebat Islam dengan hujah2 deme , ce tengok2 betoi2 , haa , baru tau deme ni sebenornye perosak agame!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *