Pengedar dadah tidak takut mati

Kongsikan kepada yang lain
Share
Nafsu hanya takutkan Tuhan, akta hanya benar-benar berkesan setelah nafsu dididik.
Nafsu hanya takutkan Tuhan, akta hanya benar-benar berkesan setelah nafsu dididik.

PETALING JAYA: Seramai 3,276 pesalah sehingga kini masih menunggu hukuman gantung sampai mati atas kesalahan mengedar dadah di negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun hukuman mati itu tidak menjadi satu ancaman kepada pengedar dadah untuk terus menjalankan aktiviti pengedaran dadah.

“Jumlah yang besar ini disebabkan oleh terdapat dalang yang berada di belakang pengedar-pengedar ini yang boleh melantik peguam untuk (berusaha) melepaskan mereka daripada tindakan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2015 di Seremban, Negeri Sembilan, Ahad.

Katanya pesalah berkenaan tidak dijatuhi hukuman gantung lagi sebab mereka sedang menunggu lembaga pengampunan, semakan kehakiman dan beberapa langkah perundangan lain.

Katanya undang-undang di negara ini mencukupi bagi menyabitkan pengedar dadah tersebut ke muka pengadilan namun kerjasama dari semua pihak terutama masyarakat setempat amat penting dalam membanteras isu penyalahgunaan dadah.

“Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian antaranya dalam bentuk perundangan seperti Langkah-Langkah Pencegahan Khas, pembanterasan dan juga pemulihan oleh agensi-agensi seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi mengurangkan jumlah penagih dadah di seluruh negara.

Statistik tahun 2014 menunjukkan peningkatan sebanyak 21,227 penagih yang berdaftar berbanding 20,887 pada tahun 2013 dan 15,101 pada tahun 2012,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata 42 peratus daripada 49,200 banduan di seluruh negara merupakan pesalah berkaitan dadah.

Sementara itu pada majlis sama, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan negeri melaksanakan projek perintis secara bersepadu untuk membanteras ancaman dadah di Negeri Sembilan secara lebih sistematik dan holistik.
“Kita berharap agar gerak kerja baharu ini memberi impak yang lebih berkesan dengan kerjasama semua jabatan di peringkat negeri. Adalah menjadi harapan saya dan seluruh rakyat negeri ini agar program yang telah dirangka ini berjaya mencapai sasaran matlamat yang telah digariskan supaya permasalahan dadah ini dapat dihapuskan kelak,” katanya.

Anjang: Manusia ini selagi tak takut Allah, mereka tak akan takut dengan undang-undang dan akta. Akta dadah berbahaya ini bukan baru, dari sebelum merdeka lagi. Bukan sedikit yg telah dihukum mati mandatori kerana kesalahan berkaitan dadah tetapi ia tidak menginsafkan yang lain, mengapa?!

Manusia membuat maksiat atas dorongan nafsunya, atas rangsangan nafsunya ditambah dengan bisikan syaitan. Nafsu tidak takut undang-undang dan akta. Nafsu tak takut herdikan dan ancaman. Nafsu tak pernah takutkan undang-undang dan akta. Selagi dia merasakan dia boleh mencari jalan keluar melepaskan diri, dia akan tetap melakukan kesalahan yang sangat berisiko jika dia tertangkap.

Maka usaha-usaha mendidik nafsu supaya ikut perintah Allah dan mendidik hati agar kenal dan takutkan Tuhan sangat penting. Ia sepatutnya menjadi The Highest Priority dari segala program pembangunan yg lain. Mencegah lebih utama dari merawat.

Malangnya, di zaman duit dijadikan tuhan, dijadikan keutamaan dari lain-lain aktiviti hidup, Tuhan dipinggirkan. Hasilnya terimalah kesan negatif dari jalan yang kamu pilih sendiri.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *