***Selamat Dari Kemurkaan Allah, Selamat Dari Maksiat Lahir dan Batin, Selamat Bersyukur Selamat Bersabar***

Kongsikan kepada yang lain
Share
Sembelih Kambing Petang Tadi di AB
Sembelih Kambing Petang Tadi di AB

‎Selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada mereka yang berkongsi tarikh lahir dengan anjang.

Pak Cik Tajul (juga sama tarikh kelahiran) telah pergi. Kita masih Allah beri peluang untuk menambah bekal ke sana. Menambah rasa takut kepadaNya. Menambah rasa rindukan kekasihNya.

Marilah menambah taubat. Marilah menyerah hati 100% kepada Allah, Rasul dan orang-orangNya. Pecut… Pecut… Pecut… Haluskan… Haluskan… Haluskan…

Mati datang tiba-tiba. 45 tahun itu panjang masanya. Yang telah pergi banyak‎. Baki yang sedikit entah berapa. Entah esok, entah lusa. Pergi menghadap-Nya. Apa yang kau bawa?

Tuhan hanya mahukan hati yang sejahtera. Bukan harta dan anak pinak. Bilakah hati ini nak diserahkan kepada Yang Empunya?!

Ya Allah! Ambillah nyawaku ketika aku berjuang di jalan-Mu agar bila aku dibangkitkan kelak, aku termasuk dalam golongan pembela Allah dan Rasul.

Amin…

Mohon doa dari semua pembaca anjangmuor.com agar anjang dapat hati yang takut setakut-takutnya pada Allah dan rindu serindu-rindunya pada Rasulullah SAW. Moga kita semua selamat dunia dan akhirat.

Kabin Gate, AB
12.22am, Mac 3, 2015

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

5 thoughts on “***Selamat Dari Kemurkaan Allah, Selamat Dari Maksiat Lahir dan Batin, Selamat Bersyukur Selamat Bersabar***

  • March 3, 2015 at 10:36 am
    Permalink

    Selamat panjang umur dalam keberkatan berpanjangan sentiasa.Amin

    Reply
  • March 3, 2015 at 3:02 pm
    Permalink

    Alhamdulillah… Amin. Doakan saya juga tuan.

    Reply
    • March 7, 2015 at 5:10 pm
      Permalink

      Ya Allah! Berkat orang-orangMu, selamatkanlah Zaidi sekeluarga dunia akhirat! Amin…

      Reply
    • March 7, 2015 at 5:11 pm
      Permalink

      En Walid org mana? Duduk di mana? Dah tua kita ni En Walid…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *