Program ‘Hiburkan Hati Manusia- ii’

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Bulan Mac 2015 telah berlalu. Segala kebajikan dan kebaikan yang kita buat, jika Allah menerimanya akan tercatat sebagai kebaikan dan diberi pahala. Malah jika kebaikannya berkekalan, ada pula orang yang mengikutinya, maka segala pahala akan kembali ke timbangan kebaikannya di akhirat. Pahala yang berkekalan pula akan diterimanya jika ada orang yang meniru kebaikan dan kebaikannya. Bertambah-tambah lagilah pahalanya.

Program ‘Hiburkan Hati Manusia siri I telah berlalu bulan lepas. 173 bungkus Nasi Beriani telah diagihkan kepada orang-orang miskin dan memerlukan. Terima kasih kepada penyumbang yang join program tersebut. Moga Allah murahkan rezki dan menggandakan pahala amalan tersebut.

Bulan ini, insyaAllah akan diagihkan donut pula kepada mereka yang kurang bernasib baik. Donut-donut yang bersih, suci, lembut, gebu dan menyelerakan ini akan dibuat mengikut tempahan tuan-puan. Jangan lepaskan peluang beramal di bulan ini. Jika terlepas menyertainya di bulan lalu, sertailah kali ini. Hanya dengan RM12 sebungkus anda akan dapat menghiburkan hati-hati hamba-hamba Allah yang akan mendoakan untuk anda. Moga segala hajat anda akan tercapai. Segala musibah dan bencana akan terhindar berkat bersedekah dan memberi hadiah kepada mereka yang memerlukan.

Percayalah, ‘Hiburkan manusia, nanti Allah akan Hiburkan kalian!”

Masjid Felda Semenchu

8.37pm, April 8, 2015

 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *