Alunan Sayu Banduan Akhir

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,
Dah beberapa hari tak sehat. Belek paper lama. Ambil kisah-kisah yang boleh dijadikan iktibar untuk tatapan pembaca dan simpanan peribadi anjang.

Hari ni AB didatangi tetamu seperti hari-hari sebelum ini. Kalau semalam, 2 orang pemuda yang menghantar perabut ke AB sangat teruja ketika mengambil angin di rumah rakit (RR), begitu juga sepasang suami isteri driver lori syarikat ‘hard ware’ juga terpesona dengan keindahan suasana RR‎ AB, hari ini giliran keluarga En Fateh pula.

En Fateh bawa ibu, ayah dan 2 orang adik-adiknya melawat AB sebelum berangkat ke Turki. Mengambil berkat di tanah berkat. Lama sungguh tak jumpa Pok Nik dan isteri. Mak En Fateh ramah orangnya, kuat ingatannya. Dia ceritakan kisah anjang dan En Fateh sesat ketika mengedar akhbar semasa kami remaja. Anjang pun dah lupa. Juga kisah menghantar kami berkursus. Pun anjang dah lupa. Hai… tua beno. Yang mak cik tu lupa, bawak sos colek ke AB. Dia pakar buat sos tu. Anjang kirimkan untuknya sedikit rozel uncang untuk merasa ummppnya keluaran AB. Moga-moga sentiasa ingat tempat A.

Hari ni Abu Laith membersihkan hutan tepi kandang kambing sebagai persiapan untuk menerima sepasang lembu yang khabarnya ada yang nak sumbang ke AB. Bukan untuk disembelih, untuk diternak. Nampak dia Mat Arab, Athir dan Mufleh membakar kayu-kayu dan ranting yang telah dipotong.

IMG_20150408_181226_hdr_editIsa Rosli‎ pula memanggil-manggil anjang untuk melihat anak kambing yang baru lahir. Alhamdulillah seekor kambing lagi beranak. Ya, dah ada 5 ekor anak kambing, warga baru kandang kambing AB. 3 hari lepas seekor kambing hilang, operasi mencari berakhir dengan penemuan kambing dan anaknya jauh dari sini. Berjaya diselamatkan dengan dinaikkan ke Navara untuk kembali ke kandang AB.

Cuaca yang sangat panas ini, ditambah dengan demam menyebabkan anjang tak keluar sangat dari kabin. Kalau esok masih belum kebah, tak tau la, dapat pergi ke kenduri kahwin di TM atau tak. Kuliah di Melaka pun mungkin tak mampu nak isi. Ampun Allah.

Mari kita baca kisah-kisah realiti kehidupan untuk menambah takut Allah dan rindu Nabi SAW.

Ampun maaf.

Kabin gate.
9.23pm, Apr 16, 2015

Harian Metro Jumaat 10 April

Tiada bunyi angin atau suara orang bercakap, cuma kedengaran alunan ayat suci al Quran oleh banduan se- baik saya dibawa memasuki kawasan menempatkan bilik akhir (BA) dihuni banduan yang bakal menghadapi hu kuman gantung.

Ketika itu lemah segala anggota badan. Sejak hakim t membacakan hukuman gan tung sampai mati, saya tidak mampu berkata apa apa lagi.

Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan. Apa yang bermain di fikiran, mungkin ini balasan Allah kepada kerja kerja kotor sa­ya selama ini.

Saya mengedar dan men jual ganja sejak berusia 12 tahun kerana itulah cara mudah untuk mendapatkan wang kerana keluarga saya miskin. Apabila seronok me ngedar dan menjual ganja, saya lupa kepada pelajaran
kerana mampu mendapat kan wang yang banyak.

Ketika itu (1989) saya menjual sebatang ganja yang digulung dengan harga RM2, tetapi jika dapat menjual 100 batang, bayangkan jumlah wang yang saya boleh dapat biarpun masih bersekolah.

Saya hanya belajar di tingkatan tiga di sebuah sekolah di Kuala Lumpur dan selepas itu menjadi pengedar ganja sepenuh masa. Saya ditahan polis kali pertama pada 1999, tetapi mahkamah membe- baskan saya kerana tiada bukti kukuh.

Selepas itu, jadi saya ber tambah kemaruk menjual dadah. Bagaimanapun, pada 2008, ‘kes saya dibuka se mula’ dan kali kedua ini pendakwa mempunyai bukti kukuh untuk mensabitkan saya dalam kesalahan me ngedar serta menjual ganja.

Pada 14 April 2010, saya didapati bersalah dan dija tuhkan hukuman gantungsampai mati. Ketika dibawa masuk kc BA penjara Kajang, Saya merasakan seolah olah tidak mampu bernafas.
Ketika itu, air mata sudah kering kerana menangis setiap hari mengenangkan do sa lampau apatah lagi apabila ada guru agama yang datang untuk memberi tazkirah.
Saya tiada asas agama, jadi memang sukar mulanya un tuk menerima apa yang di bcrikan ustaz, tetapi la ma kelamaan, hati saya ter buka untuk bertaubat dan melakukan kewajipan seba gai seorang Muslim seperti bersolat, berpuasa dan membaca al-Quran.

Saya belajar agama di penjara kerana tiada apa lagi yang kami mahu lakukan melainkan memohon keampunan Allah.

Rutin banduan di BA agak berbeza kerana kami tinggal seorang diri dalam sel ma sing masing, berbeza de ngan banduan lain yang tinggal dua atau tiga orang dalam sel.

Kami hanya dibenarkan keluar dari sel dua jam sehari iaitu sejam pada waktu pagi dan sejam pada waktu petang dalam keadaan bergari, itu pun hanya di luar sel, bukan di tempat terbuka seperti banduan lain.
Selebihnya kami tinggal di sel masing masing, jadi daripada membuang masa de- ngan borak kosong, kami menggunakan masa mem baca al Quran, solat atau berzikir.

Ketika mula masuk ke BA, saya seperti mahu membu nuh diri kerana tidak sang gup menghadapi hari hari panjang di situ yang begitu menekan dan menyesakkan fikiran.

Saya mengambil masa se tahun untuk menerima ha kikat ini dan berterima kasih kepada pihak penjara kerana membimbing banduan Muslim melalui Program Pembangunan Insan (PPI) kerana ikebanyakan kami jahil ilmu agama.

Saya belajar solat di pen jara dan percaya atau tidak sejak masuk sini lima tahun lalu, saya sudah khatam al Quran lebih 20 kali, per kara yang tidak pernah saya lakukan ketika di luar dulu.
Memang ada hikmah kerana di sini, saya mengenali Allah dengan lebih dekat, malah mampu menjadi imam dalam solat berjemaah.

Selepas tiga tahun meng huni BA dan menghitung ha ri hari untuk leher saya di jerut tali gantung, penguru san penjara memberitahu rayuan pengampunan saya kepada Yang di Pertuan Agong pada 30 Mac 2013 di luluskan.

Hanya Allah yang tahu be tapa gembiranya dan tanpa disedari saya menangis ke rana masih diberi peluang tinggal di penjara untuk mempelajari ilmu agama.

Saya kemudiannya ditu karkan ke sel biasa dan di tempatkan bersama bebera pa banduan lain. Seronoknya bukan kepalang kerana saya berpeluang untuk menghi rup udara di luar dan tidak keseorangan lagi.

Hukuman saya dipendek kan kepada 20 tahun dan hanya perlu tinggal di pen jara untuk tempoh 11 tahun sebelum dibebaskan pada usia 51 tahun.

jika dibebaskan kelak, sa ya berazam menjadi manu sia yang bertanggung jawafo dan menggunakan ilmu agia ma yang dipelajari untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Saya juga mahu membayar semula masa untuk bersama anak anak, yang sulung ber usia 20 tahun dan bongsu, sembilan tahun. Insya-Allah saya akan mendidik mereka menjadi manusia berguna dan tidak terjebak seperti sa ya sehingga meringkuk dalam penjara.”

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

  • kisah banduan akhir (81)
  • banduan akhir (57)
  • kisah banduan (18)
  • kisah banduan akhir 2017 (5)
  • adab melawat banduan di penjara (2)
  • kehidupan banduan di penjara kajang (1)
  • kehidupan banduan di penjara (1)
  • banduan akhir wanita (1)
  • kisah benar cerita bilik akhir (1)
  • KISAH PILU BANDUAN DIPENJARA (1)
  • kisah seorang banduan (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *