Lirik Nasyid: Tirakat Poligami.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Ingin ku katakan wahai Tuhan
Bukankah keranaMu
Ku berada di atas laluan ini
Hidup berada di antara pergiliran
Nikmat dan ujian
Nikmat melatih rasa syukur
Ujian melatih rasa sabar

Suka dan duka ada batasnya
Gembira di akhirat untuk selama-lamanya
Harga syurga bukan segunung emas
Tetapi tangisan hati takutkan Allah

Tuhan, kalau bukan keranaMu
Untuk apa ku lakukan semua ini
Setiap kali ku menghadapMu
Ku ulangkan sumpah dan janji
Hidup dan mati adalah untukMu

Sudilah membantu dalam mujahadahku
Agar ku berjaya menempuhnya
Agar dengannya terbinalah empayar islam
Ooh…

Kalau kau mampu menempuhnya
Sungguh kau telah berjaya terhadap nafsumu
Kalau kau mampu berkongsi suamimu
Sungguh engkau benar cintakan Allah
Harga syurga bukan segunung emas
Tetapi tangisan hati takutkan Allah

(Ulang rangkap 3)

Sudilah membantu dalam mujahadahku
Agar ku berjaya menempuhnya
Agar dengannya terbinalah empayar islam
Di abad ini…

Artis: Mawaddah
Album: Rintihan Cinta

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “Lirik Nasyid: Tirakat Poligami.

  • May 22, 2015 at 7:04 pm
    Permalink

    Terkadang terfikir juga, penulis lirik ini sangat tabah dan kuat jiwa dan hatinya!
    Nikmat dan ujian : Perkara penting yang sering manusia lupakan.
    Nikmat dan ujian itu silih berganti.
    Terima kasih upload kan lagu ni!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *