***Negara Demokrasi-Pemimpin ditentukan oleh Rakyat***

Kongsikan kepada yang lain
Share

‎Salam ceria.
Hari ni buka di rumah mak, Kg Tengah. Balik ziarah dengan abg Akub, Ummul Miqdam dan Ummu Asif. Ubai ada sekali. Emak bercerita panjang lebar tentang abah. Abah yang terlantar sakit tiba-tiba beberapa hari ni meracau-racau teruk dan agresif. Ramai adik-beradik berkumpul. Kak Ibah dan anak-anaknya. Emy dengan isteri dan anak. Tak sempat tolong di dapur, sebagai gantinya, aku beli makanan di bazar Ramadhan je.

Aku pun pelik, memang abah selalu juga diganggu dengan pandangan-pandangan yang kami tak nampak dengan mata biasa. Kadang-kadang dia bertindak luar dari kebiasaan, tapi kali ni agak teruk. Menendang-nendang dan memukul-mukul. Mak cuba letakkan lada hitam ke kakinya, belum sempat sampai abah dah menendang-nendang sedangkan abah dah 3 tahun terlantar, angkat kaki pun tak mampu.

Aku tertanya-tanya, apa sebenarnya yang berlaku? Akhirnya, mak kata sebenarnya ada seorang yang datang ke surau kampung, khabarnya punyai beberapa kelebihan. Antaranya pernah kena tembak beberapa kali tetapi tidak mati. Dia membuat air penawar yang diagihkan secara percuma kepada orang kampung. Setelah minum air iitulah, abah. Jadi begini. Ooo, begitu ke ceritanya.

Bukan mudah nak halang keluarga menggunakan apa-apa kaedah untuk rawatan memandangkan mereka keletihan menjaga abah selama 3 tahun ini. Moga abah segera sembuh dan keluarga dapat kesabaran.

Cadangan untuk bersolat di wisma GISBH Muar aku tukar dengan bertarawih di atas kilang kuey tiew dengan En Hairus, Tabib Normarten dll.‎ Rupanya Tn Salleh akan sampai Malaysia hari ini. Tentu banyak berita besar dari Haramain yang beliau bawa. Sangat perlu didengar untuk menambah keyakinan bahawa Allah membela hamba-hamba-Nya yang bertakwa.

Gawatnya keadaan abah yang sakit tak la segawat cuaca politik di Malaysia. Entah apa lagi akan berlaku di 10 hari terakhir bulan Ramadhan ini bila hati diajak, dipimpin, didisiplinkan untuk tidak putus lagi dengan tuhan melalui orang-orangNya.

Cuba baca portal berita di bawah, tak wajib percaya tapi nilailah sendiri. Malaysia negara demokrasi, pemimpin dinaikkan oleh rakyat. Maka rakyat berhak mengetahui apa yang pemimpin lakukan berkaitan kepentingan rakyat. Selamat membaca. Kalau tak faham, tanya Prof Google.

38, Kg Tengah Bakri, Muar.
6.38am, Jul 8, 2015

http://www.sarawakreport.org/2015/07/oh-no-jho-low-scoop-photo-tells-all/
Dihantar dari telefon pintar BlackBerry 10 saya.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Negara Demokrasi-Pemimpin ditentukan oleh Rakyat***

  • July 12, 2015 at 4:19 pm
    Permalink

    Allah bersama ustaz..Amin.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *