Awan bentuk ‘lelaki berserban’ jadi viral 18 Ogos 2015 1:57 AM

Kongsikan kepada yang lain
Share

Nasional – Utusan Online

18 Ogos 2015 1:57 AM

Gambar pembentukan awan seolah-olah seorang lelaki memakai serban

KOTA KINABALU 17 Ogos – Beberapa keping gambar pembentukan awan seolah-olah seorang lelaki memakai serban dan sedang berdoa menjadi viral di media sosial selain menimbulkan pelbagai persepsi umum.

Gambar awan tersebut dikatakan ‘muncul’ di Tawau, pada pukul 6 petang, 13 Ogos lalu.

Rata-rata pengguna media sosial menjadikan gambar awan itu sebagai topik perbualan dan disifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa.

Ada juga yang melihat pembentukan awan tersebut sebagai per­ingatan daripada Tuhan.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Ramalan Cuaca Kota Kinabalu, Jabatan Meteorologi Malaysia ne­geri menjelaskan, awan berkenaan dikategorikan daripada jenis awan yang tebal dan dikenali sebagai kumulonimbus.

“Ini bukannya sesuatu yang pelik dan luar biasa. Pembentukan awan berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk tiupan angin dan cuaca. Lagipun awan itu terbentuk untuk tempoh masa yang singkat,” jelasnya.

Nasional – Utusan Online

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/awan-bentuk-8216-lelaki-berserban-8217-8232-jadi-viral-1.125645
تم الإرسال من الهاتف الذكي BlackBerry 10.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “Awan bentuk ‘lelaki berserban’ jadi viral 18 Ogos 2015 1:57 AM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *